Polis menahan seorang pekerja ladang disyaki menetak rakan setugasnya hingga mati di Ladang Kurnialang Malbumi dekat sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata lelaki warganegara Indonesia berusia 44 tahun itu ditahan tujuh jam selepas kejadian, apabila dia menyerah diri di pejabat pentadbiran ladang berkenaan.
Katanya ketika ditahan pada 3 petang, polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki berkenaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
A. Sahak berkata kejadian berlaku pada kira-kira 8 pagi di hadapan perumahan pekerja ladang apabila mangsa, Jumada Bin Tahniah, 46, warganegara Indonesia datang ke arah suspek sambil mengancam untuk membunuh suspek dan keluarganya.
Ketika itu suspek bersama-sama isterinya serta anak mereka sedang mencabut ubi keledek, sebelum berlaku pertengkaran, katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut A.Sahak, mangsa kemudian cuba menyerang suspek dengan sebilah parang, sebelum suspek bertindak menetak leher kiri mangsa menggunakan sebilah parang.
Beliau berkata suspek kemudiannya mengarahkan isteri dan anak-anaknya masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu, sebelum melarikan diri ke dalam blok kelapa sawit.
Suspek ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2016
Ketika ditahan pada 3 petang, polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki berkenaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. - Gambar hiasan
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.
Kontraktor, anak saudara didakwa bunuh Sabari
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan ke atas Mazuan Hanafi, 38, dan Muhd Asyraf Idris, 26, selepas pertuduhan dibacakan.
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.
Komander Jihad Islam maut dalam masjid Tebing Barat
Israel menyatakan bahawa mereka telah membunuh Muhhamad Jabber, yang dikenali sebagai Abu Shujaa.