JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pemandu e-hailing di sekitar bandar raya awal pagi ini yang dipercayai mencabul kehormatan seorang penumpang wanita di Jalan Bakar Batu di sini, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada jam 1.30 pagi.
Katanya kejadian berlaku semasa wanita berumur 23 tahun itu menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk pulang ke rumah di Permas Jaya selepas habis bekerja di sebuah pusat beli belah di sini, apabila pemandu e-hailing itu meminta dia supaya duduk di tempat duduk hadapan semasa dalam perjalanan, namun dia enggan berbuat demikian pada mulanya.
"Ketika kenderaan berada di Jalan Bakar Batu berhampiran simpang South Key, mangsa mengatakan terpaksa menuruti permintaan dan duduk di bahagian tempat duduk hadapan, sebelum dicabul, apabila dadanya diraba beberapa kali," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata wanita itu berjaya menolak individu terbabit, dan melepaskan diri dengan keluar daripada kenderaan, sebelum membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022

Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada jam 1.30 pagi. - Gambar hiasan

Rapid KL sahkan terima aduan gangguan seksual dalam tren
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu pengadu menaiki tren berkenaan dari Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 7 malam.

Pesisir pantai jadi tapak sampah haram
Penduduk kemudian membakar sampah seterusnya meninggalkan kesan sebagai tempat pembuangan sampah.

Terbuka Malaysia: Penonton tunggu dua jam sebelum dapat masuk stadium
Arena Axiata hanya dibuka sejam sebelum aksi suku akhir kejohanan itu bermula, yang dijadualkan pada 3 petang.

TFC ll lonjak ke tangga teratas Liga Perdana, tewaskan Kuching City FC
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu melakukan percubaan seawal minit ketiga menerusi pemain tengah Muhammad Syaiful Haqim Shahrul.

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Polis tahan pemandu e-hailing cabul penumpang wanita
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan di sekitar badar raya pada jam 1.30 pagi.

Pemandu e-hailing ditahan terima upah bawa PATI
Pemandu e-hailing ditahan ketika cuba menyeludup tujuh pendatang tanpa izin sewaktu melintasi Plaza Tol Hutan Kampung arah Selatan.

Pemandu nyaris maut dikelar leher
Kejadian pada 2.55 pagi itu melibatkan penumpang berusia 16 tahun yang dikatakan enggan membayar tambang berjumlah RM400.

Penumpang tikam, samun pemandu e-hailing ditahan
Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan di Kota Damansara, Selangor selepas polis menerima laporan berhubung kejadian.

Dua beradik antara enam lelaki didakwa bunuh pemandu e-hailing
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pukul pemandu e-hailing hingga maut, enam individu ditahan
Malang tidak berbau bagi seorang lelaki berusia 28 tahun yang diserang sekumpulan lelaki warga tempatan selepas berhibur bersama teman wanitanya, di sebuah pusat hiburan di Kepong pada 28 Dis lalu.

Pemandu e-hailing diacu senjata tajam, disamun penumpang
Mangsa lelaki berusia 25 tahun terpaksa menyerahkan dompet dan telefon pintar miliknya kepada dua penjenayah terbabit.

Tarikh pembayaran PEMERKASA Tambahan dipinda, akan bermula 27 Julai - APAD
Penerima akan menerima pembayaran bermula 27 Julai ini, dipinda daripada perancangan terdahulu untuk pemberian dibuat sebelum 15 Julai.

11 pemandu kenderaan e-hailing ditahan kenakan tambang mahal
11 pemandu berkenaan didapati menggunakan aplikasi syarikat e-hailing sebagai panduan sahaja untuk ditunjukkan harga kepada penumpang.

Lelaki ditahan palsukan laporan polis disamun
Lelaki itu dikatakan membuat laporan polis bagi membolehkan beliau mengaut keuntungan wang tunai menerusi hasil jualan perniagaan, bersama rakan kongsinya.