awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan penyanyi lelaki pukul bekas isteri enggan bergambar

Bernama
Bernama
20/04/2022
12:59 MYT
Polis tahan penyanyi lelaki pukul bekas isteri enggan bergambar
Suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berumur 27 tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi lelaki ditahan polis kerana dikatakan memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham di Kota Damansara, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berumur 27 tahun.
"Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami sebelum berlaku perselisihan faham kerana wanita itu enggan bergambar bersama suspek.
"Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.
Insiden tersebut tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan penyanyi
#enggan bergambar
#Tular
#Kota Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan