awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan seorang lelaki, buru dua rakannya terbabit kes pukul, cabut bendera parti

Bernama
Bernama
11/11/2022
07:35 MYT
Polis tahan seorang lelaki, buru dua rakannya terbabit kes pukul, cabut bendera parti
Mohd Shuhaily berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa yang bekerja sebagai penghantar gas, dan memaklumkan dia telah diserang dan dipukul dengan topi keledar. - Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki dan sedang mengesan dua rakannya bagi membantu siasatan kejadian kes pukul seorang lelaki serta merosakkan bendera parti politik di Kampung Main Road, Perai dekat sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa, berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penghantar gas dan memaklumkan dia telah diserang dan dipukul dengan topi keledar oleh tiga lelaki berusia lingkungan 30-an.
"Mangsa memaklumkan suspek yang dikenalinya itu datang ke rumahnya juga di Kampung Main Road pada 4 pagi dan memarahinya sebelum memukul menggunakan topi keledar kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya memasang bendera parti di kawasan berkenaan.
"Selepas memukul mangsa, suspek bertindak mencabut bendera yang dipasang lelaki itu. Mangsa mengalami kecederaan bengkak pada mata kiri, hidung dan cedera pada bahagian belakang kepala akibat dipukul," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Katanya susulan laporan polis itu, pihaknya berjaya menahan seorang daripada suspek berusia 31 tahun di kawasan Kampung Main Road pada 2.30 petang hari yang sama dan merampas topi keledar digunakan dalam kejadian tersebut.
Mohd Shuhaily berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, beliau berkata polis menggalakkan semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini, agar memohon permit walaupun untuk melakukan kempen secara "walkabout" bagi mengelakkan tomahan oleh mana-mana pihak.
"Secara khususnya, "walkabout" tidak perlukan permit untuk berkempen, tapi bila anda sedang berkempen tiba-tiba berhenti dan berucap, ini dalam konteks berceramah, jadi saya galakkan lebih baik memohon permit supaya tidak berlaku tomahan.
Beliau berkata sehingga semalam pihaknya telah mengeluarkan sebanyak 210 permit kepada pelbagai parti politik yang bertanding dan setakat ini perjalanan pilihan raya di Pulau Pinang, berjalan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pukul
#cabut bendera parti
#polis
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan