awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
22/10/2024
11:50 MYT
Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau Pinang
Hamzah berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya selepas polis menyerbu sebuah rumah di Tanjung Tokong, di sini 12.55 tengah hari tadi. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kedai di Pulau Tikus, di sini semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya selepas polis menyerbu sebuah rumah di Tanjung Tokong, di sini 12.55 tengah hari tadi.
"Terdahulu polis menyerbu sebuah rumah di kawasan Tanjung Tokong dan menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas sebuah kereta, sebelum soal siasat selanjutnya membawa kepada serbuan dan penahanan suspek utama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dengan penahanan suspek utama itu, beliau berkata polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam masa kurang daripada 24 jam selepas menerima maklumat mengenai kejadian bunuh, yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hamzah berkata malam tadi polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 58 tahun bagi membantu siasatan kes itu, dan mereka telah direman hari ini.
Dalam kejadian 5 petang semalam warga Pakistan berumur 48 tahun yang cedera diserang ketika sedang bekerja di sebuah kedai, meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk diberi rawatan di sebuah klinik swasta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#kes bunuh
#Klinik swasta
#siasatan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan