awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM4.16 juta

Bernama
Bernama
19/08/2025
09:40 MYT
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah bernilai RM4.16 juta
Hussein menunjukkan barang rampasan hasil beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang dan Melaka pada 13 Ogos lepas. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai RM4.16 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang dan Melaka pada 13 Ogos lepas.

Ringkasan AI
  • Polis menahan tiga lelaki dalam serbuan di Lembah Klang dan Melaka, merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.16 juta termasuk ganja, ketamin, heroin base, bunga ganja, pil eramin 5 dan syabu.
  • Sindiket dipercayai aktif sejak April dan jumlah rampasan boleh digunakan oleh 2.815 juta penagih; dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan seorang didapati positif dadah jenis THC.
  • Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 14 Ogos untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan termasuk kenderaan mencecah RM4.23 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua suspek yang ditahan dalam operasi pada 4.15 petang hingga 6.10 petang itu berusia 25 hingga 46 tahun.
"Dalam serbuan pertama di pekarangan sebuah kondominium di sekitar Bukit Jalil, Kuala Lumpur, polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang warga Pakistan dengan pemeriksaan pada tubuh serta kereta suspek menemukan ganja seberat 26.73 kilogram (kg).
"Susulan itu, pemeriksaan di sebuah unit di kondominium berkenaan telah berjaya membongkar stor simpanan pelbagai jenis dadah termasuk bunga ganja, ketamin dan syabu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Sementara itu, Hussein berkata suspek ketiga yang merupakan warga tempatan pula ditahan di sekitar Ayer Molek, di sini dan pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu lelaki itu menemukan dadah jenis heroin base dengan anggaran berat 18.25kg, di samping pelbagai dadah jenis lain.
"Secara keseluruhan, dadah yang dirampas adalah ganja (94.84kg), ketamin (42.23kg), heroin base (18.25 kg), bunga ganja (2.58kg), pil eramin 5 (810 gram) dan syabu (143 gram) bernilai kira-kira RM4.16 juta.
"Selain dadah, polis turut menyita sebuah Toyota Estima yang dianggar bernilai RM70,000 serta merampas dua lagi kenderaan, iaitu Perodua Myvi dan Toyota Estima dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM4.23 juta," katanya.
Hussein berkata risikan mendapati sindiket telah bergiat aktif sejak April lepas dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan 2.815 juta penagih.
Beliau berkata saringan awal air kencing mendapati seorang daripada tiga suspek positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC) manakala dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
"Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 14 Ogos untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#JSJN
#Hussein Omar Khan
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan