awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan 'ustaz' disyaki liwat pelajar

Sinar Harian
Sinar Harian
08/02/2022
22:28 MYT
Polis tahan 'ustaz' disyaki liwat pelajar
Polis menahan seorang bekas pengajar bergelar ustaz di sebuah pusat tahfiz di daerah ini kerana disyaki meliwat pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun pada awal bulan ini.
KEMAMAN: Polis menahan seorang bekas pengajar bergelar ustaz di sebuah pusat tahfiz di daerah ini kerana disyaki meliwat pelajar lelakinya yang berusia 14 tahun pada awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, perbuatan tidak bermoral suspek terbongkar selepas mangsa yang trauma tampil membuat laporan di Balai Polis Chukai.
"Selain mangsa, suspek berusia 23 tahun dipercayai turut mencabul beberapa pelajar lain di asrama pusat tahfiz berkenaan dan mereka sudah membuat laporan polis," katanya di sini pada Selasa.
Menurut Hanyan, pihak pengurusan pusat tahfiz yang mendapat tahu perbuatan suspek telah menamatkan perkhidmatannya dan lelaki berkenaan bertindak melarikan diri ke Pekan, Pahang.
Bagaimanapun kata beliau, polis berjaya mengesan suspek dan dia ditahan di Pekan, Pahang pada jam 11 malam, Isnin dan kini ditahan reman selama seminggu.
"Suspek direman bermula Selasa hingga 15 Februari nanti untuk melengkapkan proses siasatan berhubung kejadian liwat dan cabul yang dilakukan terhadap semua mangsa.
"Kita meminta kerjasama ibu bapa pelajar untuk tampil membuat laporan polis sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini,” katanya.
Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Hanyan turut mengingatkan pengusaha pusat tahfiz agar tidak menyembunyikan sebarang bentuk kes jenayah di tempat mereka kerana perbuatan tersebut menyalahi undang-undang.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hanyan Ramlan
#ustaz liwat pelajar
#pusat tahfiz
#Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan