Selepas kurang 48 jam diburu polis, suspek yang dikehendaki kerana membunuh empat sekeluarga di Batu Maung awal pagi semalam, ditembak mati semalam.
Suspek yang dikenali sebagai Chung Chun Wah, 32, ditembak mati oleh polis dengan bantuan polis Bukit Aman berhampiran Pasar Air Itam, tempat dia pernah berada untuk menjual ayam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata, suspek dilihat orang ramai di kawasan pasar Air Itam yang memaklumkan kepada polis kira-kira 7 malam.
"Selepas menerima maklumat daripada orang ramai, polis menghampiri suspek yang berada dalam kereta Wira Aeroback. Dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan polis kemudian membalas tembakan.
"Dia terbunuh dalam tembak-menembak itu tetapi jika dia tidak menembak ke arah polis, kita akan memberkasnya," kata Razaruddin pada sidang media di tempat kejadian.
Razaruddin berkata kes pembunuhan keluarga itu dianggap telah selesai. Polis percaya senjata yang digunakan oleh Chun Wah ialah senjata semi automatik 9mm sama yang digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa.
Pada Rabu, seorang wanita berusia 55 tahun Tan Saw Sim, anak lelakinya Chung Wah Thong, 28, dan cucu Chung Ay Dey atau Ah Bee, 2 tahun, dan operator kilang Toh Hock Choon, 50, mati dalam kejadian itu yang berlaku di kilang pemprosesan ayam pada 2.55 pagi.
Chun Wah iaitu anak kepada Saw Sim, saudara lelaki Wah Tong dan bapa saudara kepada Ah Bee dipercayai sebagai suspek tunggal kes pembunuhan itu berdasarkan rakaman CCTV.
Polis percaya motif pembunuhan adalah wang kerana Saw Sim menimbulkan kekecohan dengan Chun Wah sebelum membunuh kesemua mereka.
Polis juga percaya bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah apabila menembak mati kesemua mereka tanpa belas kasihan.
Ketua Polis Negara (KPN) dalam tweeternya pada 8.35 malam mengucapkan tahniah kepada pasukan polis atas kejayaan menumpaskan suspek selepas berlaku tembak-menembak antara dia dan polis.
Kira-kira 8.15 malam, doktor forensik Datuk Bupinder Singh menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan seorang saudara perempuan Chun Wah datang ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mayatnya.
Pasukan forensik masih menyiasat berapa das tembakan dilepaskan di tempat kejadian.
Bernama
Thu Jul 14 2016
Anggota polis forensik membuat pemeriksaan pada kereta yang dinaiki suspek kes bunuh empat sekeluarga yang dikehendaki pihak polis, Chung Chun Wah, 32, yang ditembak mati oleh polis selepas berbalas tembak. - fotoBERNAMA
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Polis tembak mati lelaki bunuh empat anggota keluarga
Suspek yang dikenali sebagai Chung Chun Wah, 32, ditembak mati oleh polis dengan bantuan polis Bukit Aman berhampiran Pasar Air Itam, tempat dia pernah berada untuk menjual ayam.