awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam

Bernama
Bernama
11/03/2025
06:45 MYT
Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata identiti suspek belum dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang pengenalan diri ditemui. - Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata dalam kejadian pada 2.20 pagi itu, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan terserempak dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115zr ditunggang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata anggota terlibat kemudian menghampiri motosikal berkenaan dan memperkenalkan diri sebagai polis lalu mengarahkannya supaya berhenti bagi tujuan pemeriksaan.
"Suspek sebaliknya terus memecut laju. Polis bertindak mengejar dan berjaya memintas, namun secara tiba-tiba lelaki berkenaan melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggota polis.
"Bagi mempertahankan diri dan pasukan, polis telah berbalas tembakan dengan lelaki terbabit sebelum dia rebah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamzah berkata pemeriksaan kemudiannya menemukan sepucuk pistol jenis Glock dan sejumlah dadah disyaki heroin bersama lelaki berkenaan.
Beliau berkata identiti suspek belum dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang pengenalan diri ditemui, namun lelaki itu disyaki warga asing dan berusia lingkungan 30-an.
Menurut Hamzah siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih Berat) 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembak mati penjenayah
#Bukit Mertajam
#warga asing
#polis pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan