awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati suspek lepaskan tembakan di Batu Caves

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2016
12:29 MYT
Polis tembak mati suspek lepaskan tembakan di Batu Caves
Kata Abdul Rahim (tengah) hasil pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan suspek menemui sepucuk pistol jenis Glock. - Foto Astro AWANI
Selepas lapan hari operasi memburu suspek kes tembak yang mencederakan dua lelaki di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), akhirnya polis berjaya menembak mati suspek di kawasan perumahan USJ 11 Subang Jaya tengahari tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar suspek sebelum itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah rumah .
Ketika sepasukan anggota polis menghampiri untuk melakukan pemeriksaan, suspek berusia 37 tahun itu dikatakan tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol.
Ia menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan .
Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan suspek menemui sepucuk pistol jenis Glock.
“Sejak 21 haribulan enam (Jun) itu kita tahu identiti dia (suspek), kita (polis) cuba mencari dia sebab dia tidak balik rumah lagi.
“Hasil dari pemerhatian kita dan hasil daripada maklumat orang ramai kita jumpa dia. Kita pun tidak tahu suspek ini adalah utama yang kita cari. Ada juda kes lain di Kepong,” kata Abdul Rahim.
Semakan kenderaan dinaiki suspek juga mendapati ia kereta curi yang dilaporkan hilang di Kepong.
Dengan kejayaan menembak mati suspek, polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 12 kes samun bersenjata yang dilakukan oleh suspek.
Polis kini juga sedang berusaha mengesan seorang lagi lelaki yang juga rakan subahat suspek yang turut sama terbabit dalam jenayah dilakukannya.
Dalam kejadian 21 Jun itu, seorang lelaki tidak dikenali bertindak melepas tembakan ke arah dua penunggang motosikal di sebuah persimpangan di laluan utama di Sunway Batu Caves dan mencederakan kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Rahim Jaafar
#Batu Caves
#lebuhraya lingkaran tengah 2
#mrr2
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan