TUMPAT: Polis merampas 494 kilogram (kg) ganja bernilai RM1.2 juta di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Lampor, Wakaf Bharu, di sini, kelmarin (16 Julai).
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, terdahulu anggotanya mengesan kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 9.50 malam di Jalan Kampung Pasir Puteh, Chabang Empat, di sini, dan telah mengarahkan untuk berhenti namun pemandu bertindak melarikan diri.
"Anggota kami telah mengarahkan pemandu agar berhenti dengan menggunakan pembesar suara namun kenderaan itu terus memecut laju menyebabkan anggota terpaksa mengejarnya kira-kira 5km.
"Semasa mengejar, kenderaan suspek terbabas ke dalam tali air dan dia kemudian telah keluar dari kenderaan terbabit sebelum naik ke jalan dan menahan sebuah motosikal yang kebetulan lalu di lokasi serta terus membonceng," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tumpat di sini, hari ini.
Abdullah berkata bagaimanapun penunggang motosikal berjaya diberkas manakala suspek melarikan diri menuju ke belukar berhampiran.
"Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan 12 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 494kg bungkusan kertas berisi ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja. Setiap satu bungkusan kertas itu mengandungi 1kg ganja mampat dengan harga anggaran RM2,500," katanya.
Abdullah berkata polis percaya ganja yang dibawa masuk dari negara jiran melalui pangkalan haram itu untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan jika terlepas, ia boleh digunakan untuk 988,000 penagih.
"Kami percaya suspek yang melarikan diri itu adalah 'transporter' dan usaha mengesannya sedang dilakukan, manakala penunggang motosikal yang diberkas sudah ditahan reman sejak semalam sehingga 23 Julai ini," katanya.
Katanya, berdasarkan semakan nombor plat kenderaan yang digunakan suspek itu, pihaknya memperoleh alamat pemilik dan sudah menjalankan dua serbuan iaitu di Padang Tembak dan Binjai, Kota Bharu namun mendapati dua rumah itu sudah dikosongkan.
"Kami juga sedang menyiasat sama ada penunggang motosikal yang berusia 25 tahun dan berasal dari Kampung Lambor itu ada kaitan atau tidak dengan kes dan setakat ini belum ada pengakuan.
"Hasil semakan yang dibuat, penunggang motosikal itu tiada rekod lampau dan ujian saringan juga negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021

Polis telah mengarahkan pemandu agar berhenti namun kenderaan itu terus memecut laju menyebabkan anggota terpaksa mengejarnya. - Gambar fail/Bernama

OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini adalah 2.25 peratus.

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor
Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turkiye berkata mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan rangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal jika putuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura kerana banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir | Memahami punca tragedi di Baling
Bencana banjir puing atau 'debris flood' seperti di Baling, lazimnya berpunca daripada kejadian tanah runtuh di puncak pergunungan, kata Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerjasama komuniti kekalkan operasi KIB AADK
Walau sehebat mana inisiatif dan dasar yang kerajaan gariskan untuk kesejahteraan rakyat, ia tidak akan memberi apa-apa makna sekiranya kurang kerjasama daripada komuniti.

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Anggota polis hampir putus jari dilibas parang
Suspek yang berada di bawah pengaruh dadah 'naik angin' apabila cuba ditahan anggota polis itu.

Ketua sindiket, suami isteri ditahan edar ganja
Sebanyak 13.5 kilogram dadah ganja bernilai RM33,813 dirampas polis Pulau Pinang daripada suspek.

Lari pemeriksaan polis rupanya bawa dadah
Suspek telah melanggar kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan kereta orang awam semasa cuba melarikan diri.

Pengawal keselamatan diberkas cederakan adik, nenek
Mangsa berumur 23 tahun bersama neneknya berumur 64 tahun mengalami kecederaan di bahagian bahu dan pipi.

Penganggur buat pusingan U lari SJR, positif dadah
Suspek seorang penganggur dan semakan lanjut mendapati dia mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Penyamun kaki menghendap dicekup
Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun, mempunyai tiga rekod jenayah dan satu rekod kesalahan berkaitan dadah.

Dadah: 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2009
Sebanyak 599 pusat hiburan di ibu kota diserbu sejak 2019 hingga kini dalam usaha membanteras aktiviti penggunaan dan pengedaran dadah di premis terbabit.