awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa

Bernama
Bernama
09/01/2026
04:00 MYT
PBB kesal keputusan AS tarik diri daripada organisasi antarabangsa
Guterres melahirkan rasa kesal terhadap keputusan terbaharu pentadbiran Trump. - Gambar/ Reuters
HAMILTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Khamis melahirkan rasa kesal terhadap keputusan terbaharu pentadbiran Trump untuk menarik diri daripada 31 entiti yang dikaitkan dengan pertubuhan antarabangsa itu, lapor Anadolu Ajansi.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, menyatakan kesal terhadap keputusan Amerika Syarikat untuk menarik diri daripada 31 entiti yang dikaitkan dengan PBB.
  • PBB menegaskan bahawa negara anggota, termasuk AS, tetap diwajibkan untuk memberi sumbangan kepada belanjawan tetap dan belanjawan keamanan PBB walaupun melakukan penarikan diri.
  • PBB menegaskan komitmen untuk terus melaksanakan mandat mereka dengan penuh tekad, tanpa merundingkan semula Piagam PBB.

"Setiausaha Agung kesal dengan pengumuman oleh Rumah Putih berhubung keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menarik diri daripada beberapa entiti PBB," kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.
Reaksi PBB itu menyusul selepas Rumah Putih lewat Rabu mengumumkan tindakan Presiden AS Donald Trump menandatangani "Memorandum Presiden" yang mengarahkan agensi kerajaan menarik diri daripada 66 organisasi antarabangsa yang didakwa pentadbiran itu tidak lagi memenuhi kepentingan Amerika.
"Seperti yang telah kami tekankan secara konsisten, caruman yang dinilai kepada belanjawan tetap dan belanjawan keamanan PBB, seperti yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung, adalah kewajipan undang-undang di bawah Piagam PBB bagi semua Negara Anggota, termasuk Amerika Syarikat," kata Dujarric.
Sambil menyatakan bahawa "semua entiti PBB akan meneruskan pelaksanaan mandat mereka seperti yang diberikan oleh Negara Anggota," kenyataan itu menekankan bahawa PBB "mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada mereka yang bergantung kepada kami."
"Kami akan terus melaksanakan mandat kami dengan penuh tekad," katanya.
Menjawab soalan sama ada AS telah menghubungi atau memaklumkan PBB secara rasmi mengenai keputusan itu, Dujarric dalam satu sidang media berkata: "Kami belum menerima sebarang komunikasi rasmi lanjut selain daripada apa yang disiarkan di laman sesawang Rumah Putih semalam."
Ditanya sama ada Guterres terkejut dengan keputusan itu, beliau berkata: "Saya rasa Setiausaha Agung, melihat kepada apa yang berlaku di dunia hari ini, sudah melangkaui kejutan."
"Saya fikir beliau melihat perkara ini dengan jelas dan kekal komited," kata Dujarric.
Jurucakap PBB itu menegaskan bahawa walaupun AS mengumumkan penarikan diri dan pemotongan dana, negara itu masih diwajibkan di bawah Piagam PBB untuk menyumbang kepada belanjawan tetap pertubuhan berkenaan.
"Oleh itu, negara anggota yang menandatangani dan menyertai kelab ini perlu membayar yuran yang ditetapkan, selain terdapat juga yuran sukarela," katanya.
"Piagam ini bukan menu sajian pilihan. Dan kami tidak akan merundingkan semula Piagam itu."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Antonio Guterres
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan