awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Terengganu kemuka laporan, cadangan babitkan empat balai sering dilanda banjir

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/12/2022
01:15 MYT
Polis Terengganu kemuka laporan, cadangan babitkan empat balai sering dilanda banjir
Rohaimi (tengah) berkata ia membabitkan Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun; Pondok Polis Felda Tenang di Besut; Balai Polis Manir, Kuala Terengganu; dan Balai Polis Pasir Gajah di Kemaman. -Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu akan mengemukakan laporan dan cadangan membabitkan empat balai polis di negeri itu yang sering dilanda banjir.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata ia membabitkan Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun; Pondok Polis Felda Tenang di Besut; Balai Polis Manir, Kuala Terengganu; dan Balai Polis Pasir Gajah di Kemaman.
Menurut Rohaimi, Balai Polis Kuala Jengai yang terjejas banjir pada Februari dan Disember tahun ini adalah yang paling kritikal.
"Saya telah mengarahkan pegawai logistik buat bajet dan dianggarkan kos melebihi RM100,000 untuk kedua-dua balai ini. Dua lagi dalam skala yang kecil. Kita akan cuba rangkumkan untuk keseluruhan IPD.
"Selain balai terjejas, di IPD dan premis polis yang lain juga berlaku kebocoran bumbung akibat banjir. Tapi masih boleh laksanakan tugasan, tak ada masalah.
"Cuma pembaikan terhadap longkang yang tersumbat ataupun sistem perparitan sekitar kawasan tersebut," kata Rohaimi.
Dalam pada itu, Rohaimi berkata, tiada sebarang kes jenayah pecah rumah dilaporkan sepanjang gelombang pertama musim banjir.
Jelasnya, pihak polis sentiasa menjalankan rondaan dan pemantauan bagi memastikan tiada kegiatan jenayah di kawasan yang dilanda banjir.
Topic Berkaitan
#banjir
#4 balai polis dilanda banjir
#Rohaimi Md Isa
#Balai Polis Kuala Jengai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan