awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR

Bernama
Bernama
15/07/2023
14:00 MYT
Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang baru-baru ini.
SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis berkenaan diterima masing-masing daripada pihak hospital dan bapa mangsa dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Siasatan mendapati mangsa seorang kanak-kanak warga tempatan berumur 10 tahun dibawa oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan di HTAR dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Kejadian itu juga tular di media sosial dan mendapat perhatian pelbagai pihak.
"Siasatan terperinci, menyeluruh, adil dan saksama akan dijalankan terhadap aduan kedua-dua pihak iaitu hospital dan penjaga. Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah menafikan hak sesiapa dalam menjalankan siasatan kes ini," katanya dalam kenyataan.
Hussein turut menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian itu dan sebarang maklumat boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Natalie Anak Allin di talian 03-55145222 atau 019-6422985.
Semalam, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi menerusi kenyataan memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak berusia 10 tahun ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan kematian kanak-kanak
#Polis Selangor
#htar klang
#Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan