Polis Johor mengesahkan menerima tiga laporan berita falsu berkaitan bantuan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di beberapa pasar raya.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan siasatan akan dijalankan bagi mencari individu yang terlibat dalam penyebaran berita palsu.
Beliau menambah, penyebaran berita palsu itu hanya berlaku di satu tempat dan bukan mudah untuk dikesan.
"Sebenarnya tular tersebut adalah palsu dan untuk pengetahuan anda benda tu tidak berlaku dan hanya berlaku di satu tempat. Saya rasa tempat lain tidak, ia semua palsu.
"Berita palsu bukan satu berita yang mudah untuk dikesan dan pihak polis perlu melakukan siasatan demi siasatan," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas program derma darah sempena hari polis ke-211 2018.
Pada 11 April lalu, Tunku Ismail membuat kejutan apabila mengumumkan membayar kesemua barangan yang dibeli pelanggan bernilai RM3,000 setiap seorang di pasar raya AEON Mall Tebrau City.
Pada keesokan harinya, tular di media sosial di mana Tunku Ismail akan hadir ke pasar raya Econsave Pontian bagi memberi bantuan sebanyak RM200 untuk barangan keperluan; namun ia terbukti palsu.
Perkara sama dipercayai turut berlaku di beberapa pasar raya lain di Kulai.
Shahrul Hassan
Sun Apr 15 2018
MOHD KHALIL: Polis sudah membuka kertas siasatan dan tumpuan adalah bagi mencari individu yang terlibat dalam penyebaran berita palsu berkaitan bantuan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto BERNAMA/Fail
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Polis terima tiga laporan berita palsu berkaitan bantuan TMJ
Penyebaran berita palsu berkaitan bantuan Tunku Mahkota Johor hanya berlaku di satu tempat dan bukan mudah untuk dikesan.