JOHOR BAHRU: Polis menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan "phone scam" melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1.41 juta pada Rabu lepas dan semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata laporan itu dibuat oleh kesemua mangsa warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 36 hingga 46 tahun.
Beliau berkata kes pertama membabitkan seorang wanita yang kerugian RM637,163.55 selepas terpedaya dengan janji keuntungan sebanyak 11 peratus daripada jumlah modal yang dikeluarkan, dalam tempoh tujuh hari urus niaga dilakukan.
"Kes kedua pula melibatkan seorang lelaki yang melakukan 19 transaksi pembayaran ke 16 akaun berbeza berjumlah RM451,887 menerusi skim pelaburan kripto menerusi laman web 'Yomaex Crypto Market'.
"Selain itu, kes ketiga tentang wanita berusia 46 tahun yang dikatakan mempunyai bungkusan 'haram' dari Pos Laju. Mangsa diarahkan membuat bayaran dan telah melakukan 15 transaksi sebanyak RM322,270 ke 11 akaun bank apabila diminta berbuat demikian," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Kita ingin menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam urusan melibatkan transaksi kewangan.
"Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai modus operandi jenayah komersial," katanya.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 sebagai tindakan awal bagi menyekat pengaliran wang daripada akaun suspek.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata laporan itu dibuat oleh kesemua mangsa warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 36 hingga 46 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
Hampir semua 'hotspot' banjir di Kedah dinaiki air - APM
Hampir kesemua 114 lokasi 'hospot' banjir di Kedah dinaiki air dalam kejadian bencana itu yang melanda negeri ini sejak Sabtu lepas.
Kerajaan tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, empat strategi utama akan dilaksanakan kementeriannya bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan (BPT).
Kerajaan pertimbang tamatkan subsidi telur ayam
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penamatan subsidi itu dapat dimanfaatkan untuk pembangunan sektor agromakanan lain yang lebih mendesak.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
AWANI Ringkas: PM ingatkan ASEAN supaya kekal bersatu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sorotan Jelajah Jiwa SME 2024 di Ipoh
#JelajahJiwaSME Program yang dianjurkan oleh #AstroAWANI dengan kerjasama penaja utama Unifi Business telah berjaya menarik lebih 10,000 warga Ipoh termasuk perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) tempatan.
Siri terakhir tahun ini, kami akan ke Shah Alam, Selangor pada 25 hingga 27 Oktober ini!
Ayuh usahawan, tunjukkan potensi perniagaan anda! Untuk maklumat lanjut,layari www.jiwasme.com.my
#JiwaSME #JiwaSME2024
Siri terakhir tahun ini, kami akan ke Shah Alam, Selangor pada 25 hingga 27 Oktober ini!
Ayuh usahawan, tunjukkan potensi perniagaan anda! Untuk maklumat lanjut,layari www.jiwasme.com.my
#JiwaSME #JiwaSME2024
Agenda AWANI: One Year Of Genoside In Gaza
After a year of the genocidal war in Gaza, the conflict has intensified, drawing in multiple countries across the Middle East. What’s next? Tune in to Agenda Awani at 9 PM tonight for an exclusive interview with Dr. Abdullah Waleed, a member of Palestine’s Council on International Relations.
Permohonan Guan Eng mula prosiding hina mahkamah terhadap Wan Fayhsal ditolak
Mahkamah Sesyen menolak permohonan Guan Eng untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
Miliki pistol tiruan, Yusoff Rawther didakwa sekali lagi
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan, bulan lepas.
Fazura tidak setuju lagu duet dengan Fattah, 'Bertahan Demi Cinta' dipasarkan
Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan
Polis terima tiga laporan "scam" babit kerugian lebih RM1 juta
Polis menerima tiga laporan berhubung penipuan pelaburan dan penipuan "phone scam" melibatkan kerugian berjumlah lebih RM1.41 juta pada Rabu lepas dan semalam.