awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis terpaksa lepaskan tembakan ketika gagalkan cubaan edar dadah - Mazlan Lazim

Bernama
Bernama
12/08/2020
22:39 MYT
Polis terpaksa lepaskan tembakan ketika gagalkan cubaan edar dadah - Mazlan Lazim
MAZLAN: Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek, pihak menjumpai dadah jenis heroin seberat 450 gram dan dadah jenis syabu seberat 151 gram di bawah kerusi penumpang bahagian hadapan. - Gambar fail
Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menahan sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk mengedar dadah di Jalan Sentul di sini petang semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah dan bertindak menahan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun.
Beliau berkata anggota polis cuba menghentikan kereta itu dan memperkenalkan diri serta meminta suspek keluar dari kenderaan namun lelaki tersebut bertindak agresif.
“Suspek telah cuba untuk melepaskan diri dengan mengundurkan kereta sebanyak tiga kali dan melanggar kereta peronda polis tidak berlambang serta cuba melanggar polis.
“Berikutan itu pihak polis telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan di bahagian tayar belakang sebelah kanan dan tayar hadapan kereta suspek demi mempertahankan diri serta untuk memberhentikan kenderaan supaya tidak membahayakan orang awam yang lain,” menurutnya dalam kenyataan semalam.
Mazlan berkata bagaimanapun, suspek masih cuba meloloskan diri dengan memandu ke atas tebing di sebelah jalan dan polis telah melepaskan tembakan di bahagian tayar hadapan sebelah kiri kereta suspek sekali gus berjaya menghentikan kenderaan tersebut.
“Suspek ditahan sebaik sahaja menyerah diri. Suspek bekerja sebagai pembantu kedai runcit serta tiada kecederaan yang berlaku kepada pihak polis dan suspek.
“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek, pihak menjumpai dadah jenis heroin seberat 450 gram dan dadah jenis syabu seberat 151 gram di bawah kerusi penumpang bahagian hadapan kereta suspek,” katanya.
Beliau berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah manakala hasil saringan awal air kencing suspek didapati positif metamfetamin dan amfetamin.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya sambil menambah permohonan reman suspek akan dibuat hari ini.
Mazlan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#heroin
#kereta peronda
#Mazlan Lazim
#pembantu kedai runcit
#polis
#suspek
#tayar
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan