awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand kongsi maklumat kes culik wanita dari Kelantan dengan PDRM

Bernama
Bernama
21/09/2022
11:17 MYT
Polis Thailand kongsi maklumat kes culik wanita dari Kelantan dengan PDRM
Pada 13 Sept, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat pada kira-kira 5.10 petang. - Gambar tular/ Media sosial
BANGKOK: Polis Thailand berkata mereka telah berkongsi semua maklumat mengenai penculikan wanita Malaysia dari rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 Sept, dengan rakan setugas mereka di Malaysia.
Namun, ketua polis Narathiwat, Pol Maj Jen Waesamae Salae, enggan mengulas mengenai maklumat yang dikongsinya dengan polis Malaysia.
"Kami bekerjasama dengan polis Malaysia... Mereka mempunyai semua maklumat," katanya kepada Bernama.
BACA: Polis Thailand lancar operasi besar-besaran kesan wanita diculik dari Kelantan
BACA: Polis minta hentikan spekulasi berkaitan wanita diculik di Tumpat
Pada 13 Sept, ejen kosmetik itu diculik dari rumahnya di Kampung Semat Jai, Tumpat pada kira-kira 5.10 petang.
Empat suspek dalam sebuah kereta dipercayai menculik wanita bekenaan dan membawanya ke negara jiran melalui jeti haram di Tumpat.
Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu, termasuk suami wanita berkenaan, bagi membantu siasatan kes.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Zaki Harun berkata berdasarkan siasatan, suami mangsa, ahli sindiket pengedaran dadah, dipercayai berselisih faham dengan anggota lain sindiket itu dan ia mungkin jadi punca kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes culik
#ejen kosmetik
#polis thailand
#perkembangan siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan