Pihak polis tidak pernah menggunakan kekerasan dalam melaksanakan operasi bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan di Gua Musang semalam malah ia berlangsung dalam keadaan aman dengan masyarakat Orang Asli memberikan kerjasama sepenuhnya.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rahman katanya operasi yang dilaksanakan itu atas permintaan Jabatan Perhutanan Negeri dengan penahanan yang dilakukan itu berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Perhutanan Negara.
“Tugasan utama kita bukan untuk membuat sebarang tangkapan, tetapi tangkapan itu dilaksanakan oleh Jabatan Hutan dengan menggunakan Akta mereka. Polis tiada kena mengena dengan urusan itu. Jangan ada pihak buat spekulasi lain dengan ada tujuan mencemarkan imej polis Kelantan khasnya dan PDRM amnya,” di sidang media di sini siang tadi.
BACA: 16 Orang Asli ditahan dalam operasi roboh sekatan balak di Gua Musang
Abl Rahman turut memaklumkan terdapat pihak yang cuba memgeksploitasi isu ini dan berhimpun di Ibupejabat Polis Daerah Gua Musang malam tadi bagi menyatakan solidariti kepada Orang Asli yang ditahan.
Katanya, kumpulan ini di lihat cuba meraih simpati pihak luar dan menyebarkan mesej melalui media sosial dengan tujuan meraih publisiti.
Sehubungan dengan itu, beliau menjelaskan pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya kumpulan berkenaan mencampuri urusan polis atau mencemarkan nama baik pasukan polis.
Malam tadi, kumpulan yang terdiri dari 63 orang, dipercayai dari Kumpulan Jaringan Orang Asal Malaysia, berhimpun di luar Ibupejabat Polis Daerah Gua Musang malam dan menyalakan lilin.
Semalam, seramai 210 anggota penguatkuasa diketuai oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan bersama beberapa agensi kerajaan lain melakukan operasi merobohkan kawasan sekatan Orang Asli di Simpang Petei, Pos Tohoi dan Kampung Peralong, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan.
Operasi tersebut bermula pukul 11 pagi dan berakhir tujuh jam kemudian melibatkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Gerakan Am dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Susulan itu seramai 47 OrangAasli dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman.
Muhafandi Muhamad
Wed Nov 30 2016
Operasi yang dilaksanakan itu atas permintaan Jabatan Perhutanan Negeri dengan penahanan yang dilakukan itu berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Perhutanan Negara. - Gambar fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Polis tidak guna kekerasan dalam operasi di Gua Musang
Operasi yang dilaksanakan itu atas permintaan Jabatan Perhutanan Negeri dengan penahanan yang dilakukan itu berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Perhutanan Negara.