awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banyak negara turunkan nasihat perjalanan ke pantai timur Sabah kepada tahap dua - Mohamad
50 hilang selepas bot terbalik di Mediterranean
Pendakwah kongsi keadaan terkini Shamsul Ghau Ghau, sifatkan sebagai seorang yang baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak kompromi penduduk jadi tali barut penyeludup

Bernama
Bernama
26/10/2025
08:23 MYT
Polis tidak kompromi penduduk jadi tali barut penyeludup
Penduduk di sempadan diminta terus memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyeludupan barangan terlarang kepada pihak berkuasa.
JITRA: Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana penduduk yang terlibat membantu penyeludup di sempadan negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka, kata Ketua Polis Kedah Datuk Adzly Abu Shah.
Beliau berkata sehubungan itu, penduduk yang menetap di sempadan dinasihatkan terus memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyeludupan barangan terlarang kepada pihak berkuasa bagi bersama-sama mengekang jenayah tersebut.
"Kita tak akan berkompromi, kita akan tengok kalau terbukti ada penduduk terlibat di sempadan kita tangkap dan tak ada alasan.
"Jadi saya bagi amaran kepada penduduk sekitar sempadan agar bagi kerjasama kepada kita dan ikut undang-undang, sekiranya ada maklumat salur kepada kita dan identiti pemberi maklumat kita akan rahsiakan," katanya selepas Majlis Penyerahan Lucut Hak Di Bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di sini hari ini.
Pada majlis itu, sebanyak 16 kenderaan lucut hak telah diserahkan iaitu dua kereta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba di sini dan masing-masing tujuh motosikal untuk SMK Parit Panjang, Baling dan Pusat Latihan Giat MARA, Pendang bagi digunakan sebagai bahan latihan amali dalam aspek teknikal, mekanikal dan penyelenggaraan.
Mengulas lanjut, Adzly berkata polis akan terus memperkemas pemantauan dan kawalan di sempadan negara termasuk di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra, Padang Terap agar tidak dijadikan laluan alternatif penyeludup.
Beliau berkata tindakan merobohkan jeti haram di Kelantan dan kawalan ketat Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibimbangi menyebabkan penjenayah beralih kepada dua pintu masuk sempadan di negeri ini.
"Kita tidak mahu Bukit Kayu Hitam dan Kota Putra yang menjadi pintu masuk negara dijadikan laluan alternatif selepas tempat lain diperketatkan kawalan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Sempadan Negara
#barangan terlarang
#penyeludup
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan