awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua pegawai Imigresen disyaki langgar SOP pengeluaran pasport ditahan
Sembang dengan chatbot setiap hari undang kemurungan - Kajian AS
Presiden Filipina stabil, di bawah pemantauan selepas alami ketidakselesaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak terima laporan penipuan subsidi perumahan Johor-Singapura

Bernama
Bernama
05/09/2025
10:15 MYT
Polis tidak terima laporan penipuan subsidi perumahan Johor-Singapura
Ab Rahaman menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran berbentuk subsidi dan disaran mengambil langkah pencegahan supaya tidak menjadi mangsa. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Polis Johor tidak menerima sebarang laporan berkaitan penipuan subsidi perumahan Johor-Singapura susulan amaran yang dikeluarkan Pasukan Polis Singapura (SPF) berhubung kes itu.

Ringkasan AI
  • Polis Johor mengesahkan tiada laporan diterima berkaitan penipuan subsidi perumahan Johor-Singapura seperti yang dibangkitkan oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), namun bersedia bekerjasama jika diperlukan.
  • Penipuan melibatkan iklan palsu di Facebook yang mempromosikan program "JBSG Housing Subsidy" dan "Free Homes Across the Causeway", kononnya hasil kerjasama kerajaan Johor dan Singapura.
  • Orang ramai dinasihat agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran subsidi perumahan dan digalakkan menghubungi NSRC di talian 997 atau media sosial JSJK untuk maklumat lanjut mengenai modus operandi penipuan semasa.

Ketua Polis Johor CP Datuk Ab Rahaman Arsad bagaimanapun berkata pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan SPF sekiranya diperlukan.
Beliau berkata pihaknya mengambil maklum artikel yang melaporkan SPF memberikan amaran kepada orang ramai supaya berwaspada terhadap penipuan tersebut.
"Polis Johor mengesahkan bahawa tiada laporan berkaitan penipuan tersebut diterima kontinjen. Bagaimanapun, polis Johor akan bekerjasama dengan SPF sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau pada masa sama menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran berbentuk subsidi dan disaran mengambil langkah pencegahan supaya tidak menjadi mangsa.
Orang ramai boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau akaun Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Facebook, Instagram dan TikTok bagi maklumat lanjut berhubung modus operandi terkini melibatkan kes penipuan.
Semalam, media Singapura melaporkan SPF memberikan amaran mengenai satu penipuan melibatkan subsidi perumahan Johor-Singapura yang tular di Facebook.
Mangsa penipuan didakwa menemukan iklan berserta pautan yang mempromosikan "JBSG Housing Subsidy Program" atau "Free Homes Across the Causeway" di platform berkenaan.
Laporan itu dipetik berkata iklan tersebut menggambarkan wujud kerjasama antara kerajaan Johor dan Singapura dalam penyediaan perumahan bersubsidi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#olis Singapura
#PDRM
#subsidi perumahan Johor-Singapura
#kes penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan