Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Israel serang Beirut, selatan Lubnan

Plumes of smoke cover the city skyline following Israeli strikes on Beirut's, after an escalation between Hezbollah and Israel, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, Lebanon, March 12, 2026. REUTERS/Amr Abdallah Dalsh
Asap tebal menyelubungi langit selepas serangan udara Israel di Beirut susulan peningkatan konflik antara Hezbollah dan Israel. - Foto REUTERS

BEIRUT: Israel melancarkan beberapa siri serangan udara besar-besaran ke atas Lubnan, termasuk di pinggir selatan Beirut, selepas Hezbollah melepaskan kira‑kira 200 roket ke utara Israel dalam serangan yang dipercayai diselaras bersama Iran.

Beberapa kawasan di Beirut turut terjejas, termasuk kawasan persisiran Corniche, dengan sekurang‑kurangnya 8 mangsa disahkan maut oleh Kementerian Kesihatan Lubnan.

Advertisement

Serangan turut memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari pinggir bandar selatan yang menjadi kubu kuat Hezbollah.

Sebagai tindak balas, Israel meluaskan perintah pemindahan untuk penduduk di selatan Lubnan, hampir menggandakan zon yang perlu dikosongkan untuk keselamatan.

Zon itu kini merangkumi hampir seluruh kawasan selatan Sungai Zahrani, kira‑kira 40km dari sempadan Israel.

Hezbollah melancarkan serangan roket merentas sempadan sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Pemimpin Agung Iran serta siri serangan Israel sejak konflik tercetus semula.

Israel menyifatkan tindakan itu sebagai alasan untuk melancarkan kempen lebih luas sehingga Hezbollah “dilucutkan senjata sepenuhnya”.

Sejak itu, lebih 634 orang, termasuk 91 kanak‑kanak, terbunuh di Lubnan, dan 800,000 lagi dipindahkan.

Israel turut menyasarkan infrastruktur Hezbollah di Beirut dan selatan Lubnan.

Menurut tentera Israel, 10 struktur strategik, termasuk ibu pejabat risikan dan pelancar roket, telah dibedil dalam serangan terbaharu.

Hezbollah pula mendakwa mereka menyasarkan beberapa lokasi ketenteraan utama Israel termasuk markas utara di Safed.

Perdana Menteri Lubnan, Nawaf Salam, menegaskan bahawa negara itu terseret ke dalam perang yang “tidak diingini” dan sedang berusaha untuk menghentikan pertempuran secepat mungkin.

Namun, situasi terus tegang dengan amaran antarabangsa bahawa Lubnan kini berada pada “saat yang amat merbahaya”. 
 

Must Watch Video