awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak tolak kemungkinan ada tangkapan baharu kes pelaburan i-Serve

Bernama
Bernama
08/11/2023
15:51 MYT
Polis tidak tolak kemungkinan ada tangkapan baharu kes pelaburan i-Serve
Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia susulan JSJK menerima 82 laporan polis baharu berhubung kes berkenaan yang melibatkan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM87 juta. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan ada beberapa lagi tangkapan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan syarikat pelaburan i-Serve yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas bersama syarikat penerbangan MYAirline.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia susulan JSJK menerima 82 laporan polis baharu berhubung kes berkenaan yang melibatkan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM87 juta.
Beliau berkata JSJK sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui perincian maklumat peranan setiap individu yang terlibat dengan syarikat terbabit.
"Beberapa tangkapan akan dibuat, namun ia bergantung kepada siasatan kami," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.
Beliau berkata terdapat tujuh hingga lapan syarikat dipercayai terbabit dalam kes pengubahan wang haram melibatkan syarikat pelaburan i-Serve itu.
Pada 17 Okt, polis menahan seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' serta isteri dan anak lelakinya, bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Susulan itu, polis menahan seorang lagi ahli perniagaan berhubung aktiviti pengubahan wang haram membabitkan syarikat penerbangan berkenaan, namun keempat-empat individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Pada 26 Okt, polis menahan empat lagi individu syarikat i-Serve bagi membantu siasatan kes berkenaan yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 30 hingga 62 tahun di Menara KPJ, di Jalan Tun Razak di sini manakala seorang lagi di kawasan Bukit Tunku di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#tangkapan baharu
#kes pelaburan i-Serve
#JSJK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan