awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tidak tutup siasatan kes cubaan bunuh Pengarah PHEB

Bernama
Bernama
01/04/2022
11:14 MYT
Polis tidak tutup siasatan kes cubaan bunuh Pengarah PHEB
P. Ramasamy (kanan) dilaporkan berkata walaupun insiden itu telah lapan bulan berlalu, namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan tetap atau pendakwaan suspek dilakukan. - Gambar/ Sinar Harian
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang tidak pernah menutup siasatan berhubung kejadian kes cubaan membunuh Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) Datuk M. Ramachandran, yang berlaku tahun lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan kes itu masih dijalankan, dan pihaknya tidak pernah menutup kertas siasatan seperti didakwa pihak berkenaan.
"Siasatan kes itu masih lagi aktif, kes tak pernah ditutup...saya tiada komen (berhubung dakwaan ada cubaan kes tersebut ditutup) itu kena tanya pihak yang mendakwa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam Pengerusi PHEB P. Ramasamy dilaporkan berkata walaupun insiden itu telah lapan bulan berlalu, namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan tetap atau pendakwaan suspek dilakukan.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dilaporkan berkata terdapat khabar angin kononnya ada pihak tertentu cuba memberi rasuah dengan jumlah wang yang tinggi, supaya kes itu disenyapkan dan ditutup tanpa sebarang tangkapan.
Dalam kejadian 24 Julai tahun lepas, media melaporkan Ramachandran mengalami kecedaran parah selepas ditetak sekumpulan individu di hadapan kediamannya di Taman Alma, Machang Bubok kira-kira 7 malam.
Ramachandran, 70, cedera di bahagian leher, paha, belakang kepala serta badan akibat diserang dengan senjata tajam, dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PHEB
#cubaan bunuh
#polis tidak tutup siasatan
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan