Polis akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang cuba menganjurkan perhimpunan haram pada 1 Mei ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata apa yang cuba dilakukan oleh pihak tersebut adalah salah dan melanggar undang-undang kerana diadakan tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

"Saya malas hendak komen terlalu banyak mengenai perkara ini tetapi jika kita lihat balik pada tahun 2012 ketika ada pihak yang menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran ini sudah tentulah salah," katanya ketika dihubungi Astro Awani.