awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nak cepat alasan lawan arus, 23 pemandu disaman JPJ

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2025
06:50 MYT
Nak cepat alasan lawan arus, 23 pemandu disaman JPJ
Antara kenderaan didapati melawan arus menerusi operasi dijalankan. -Sinar Harian
CHERAS: Tidak tahu perbuatan dilakukan itu satu kesalahan dan mendakwa mahu cepat antara alasan diberikan pemandu yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas dikesan memandu secara melawan arus dalam operasi penguatkuasaan di Jalan Bandar Mahkota Cheras di sini pada Isnin.

Ringkasan AI
  • JPJ mengesan beberapa pemandu memandu melawan arus dalam operasi penguatkuasaan di Bandar Mahkota Cheras, dengan alasan tidak tahu kesalahan dan mahu cepat.
  • Sebanyak 27 notis saman dikeluarkan, termasuk 23 atas kesalahan melawan arus, serta kesalahan lain seperti lesen tamat tempoh dan tiada insurans.
  • JPJ akan terus menjalankan operasi dan menggalakkan orang awam menyalurkan maklumat kesalahan lalu lintas melalui e-mel atau aplikasi e-Aduan JPJ.

Operasi selama tiga jam bermula jam 6 pagi itu dilaksanakan susulan aduan orang awam berhubung tindakan berbahaya segelintir pemandu yang memandu melawan arus di kawasan berkenaan.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak 54 kenderaan diperiksa dan 25 daripadanya dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.
"Sebanyak 27 notis saman P22 dikeluarkan, antaranya 23 notis atas kesalahan memandu melawan arus mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain itu, dua notis dikeluarkan kerana lesen kenderaan motor tamat tempoh di bawah Seksyen 23(1), manakala dua lagi kerana tiada perlindungan insurans mengikut Seksyen 90(1) akta sama," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, operasi turut mendapati masih ada pemandu yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya lain semata-mata untuk menjimatkan masa beberapa minit.
"Ada yang memberi alasan tidak tahu perbuatan itu satu kesalahan, sedangkan ia boleh menyebabkan kemalangan.
"JPJ sama sekali tidak berkompromi terhadap mana-mana kesalahan lalu lintas dan sentiasa cakna terhadap setiap aduan orang awam,” katanya.
Beliau berkata, operasi penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan peraturan lalu lintas dipatuhi.
"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan kesalahan lalu lintas menerusi e-mel [email protected] atau aplikasi e-Aduan JPJ, lengkap dengan butiran pengadu dan lokasi kejadian,” katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan Bandar Mahkota Cheras
#lawan arus
#JPJ
#saman
#operasi penguatkuasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan