MALAYSIA
Polis tingkatkan kawalan di PPV mega WTCKL
Zainal (gambar) berkata setakat ini proses pemberian vaksin mega di PPV tersebut masih terkawal, dan pihaknya akan menambah bilangan keanggotaan jika perlu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Daerah Dang Wangi akan mempertingkat kawalan dan anggota di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bagi mengawal kelancaran proses vaksinasi mega di lokasi berkenaan, bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata seramai 10 pasukan terdiri daripada 10 pegawai dan 70 anggota akan ditempatkan khususnya bagi mengawal pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Katanya, setakat ini proses pemberian vaksin mega di PPV tersebut masih terkawal, dan pihaknya akan menambah bilangan keanggotaan jika perlu.
"Saya telah mengarahkan semua pegawai dan anggota untuk sentiasa memberi peringatan dengan menggunakan pembesar suara supaya semua yang hadir mendapatkan suntikan vaksin pada hari ini dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan menjaga penjarakan fizikal.
"Justeru itu, pasukan saya akan sentiasa memberi peringatan dari semasa ke semasa dengan menggunakan pembesar suara bagi memastikan tidak ada kumpulan ramai, melanggar SOP serta mereka sentiasa berada paling kurang satu meter antara satu sama lain," katanya kepada Astro AWANI selepas membuat tinjauan di PPV WTCKL, di sini.
BACA: Vaksin: WTC Kuala Lumpur jadi 'test case' PPV berskala besar - Khairy

#suntikan vaksin
#WTCKL vaksin
#Vaksin mega WTCKL
#Vaksin raya
#COVID-1 Malaysia
#OCPD Dang Wangi
#ACP Zainal Abdullah
#berita hari ini
#berita Malaysia