awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin: WTC Kuala Lumpur jadi 'test case' PPV berskala besar - Khairy

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/05/2021
08:59 MYT
Vaksin: WTC Kuala Lumpur jadi 'test case' PPV berskala besar - Khairy
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan jumlah kapasiti sehingga empat kali ganda berbanding kapasiti asal 2,000 adalah bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dijadikan sebagai test case bagi melihat keberkesanan PPV berskala besar sebelum diperluaskan ke lokasi lain.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan jumlah kapasiti sehingga empat kali ganda berbanding kapasiti asal 2,000 adalah bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Malaysia.
Menurutnya, sebuah lagi PPV mega akan dibuka di Stadium Bukit Jalil dalam masa terdekat.
"Beberapa hari ini, kita akan meningkatkan kapasiti sehingga 7,000 dan WTC Kuala Lumpur akan dijadikan sebagai test case untuk PPV berskala mega di Malaysia.
"Kita akan laksanakan PPV mega di tempat-tempat lain juga," katanya kepada Astro AWANI selepas mengadakan lawatan di PPV WTC Kuala Lumpur di sini, pada Sabtu.
[TERKINI] Bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengenai operasi PPV AstraZeneca
Dalam pada itu, Khairy mengingatkan orang ramai supaya tidak hadir secara walk-in untuk mendapatkan suntikan vaksin di mana-mana PPV.
"Kalau tiada janji temu, jangan datang. Walk-in hanya akan meletakkan diri kamu dalam bahaya.
"Kedua, jangan datang awal dan menyebabkan kesesakan kerana tempat adalah terhad. Ketiga, kalau mereka yang berstatus Pesakit Bawah Siasatan (PUI), jangan datang. Kita boleh kesan waktu imbasan MySejahtera dan paksa mereka balik.
"Kita akan jadualkan semula janji temu mereka, jangan datang. Ini adalah bahaya dan tindakan yang tidak bertanggungjawab," tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Pusat Pemberian Vaksin
#WTC Kuala Lumpur
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#PUI
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PPV
#AstraZeneca
#suntikan
#WTC
#PPV mega
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan