awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk mahu bina kilang pengeluaran cip 2nm tidak tegas dari segi kebersihan
Badan Tenis Kenya akui silap beri 'wildcard' kepada pemain 'debutan terburuk' yang tular
Syria isytihar perintah berkurung di Aleppo ketika pertempuran dengan SDF memuncak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis trafik maut motosikal rempuh tiang Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/04/2021
14:17 MYT
Polis trafik maut motosikal rempuh tiang Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Gambar/ Ihsan pembaca
PERAI: Seorang anggota polis trafik maut selepas motosikalnya terbabas lalu merempuh tiang Plaza Tol Pulau Pinang di sini, pada petang Isnin.
Dalam kejadian jam 5.05 petang, Muhamad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, yang bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuala Muda, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata ketika kejadian mangsa menungang di laluan motosikal dari arah Perai menuju ke bahagian pulau dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Bayan Lepas.
"Motosikal yang ditunggangi mangsa terbabas dan melanggar tiang, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian" katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk di bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#polis trafik
#maut
#kemalangan
#plaza tol
#Jambatan Pulau Pinang
#rempuh tiang
#parah
#trafik kuala muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan