Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes berhubung perhimpunan haram yang mengganggu sambutan ambang tahun baharu, di Dataran Merdeka, malam Selasa.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata pihaknya berjanji akan memberi keutamaan kepada kes itu dengan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh seminggu.
"Kami akan jalankan siasatan berhubung kes ini kerana mereka ini telah mengganggu-gugat kesejahteraan awam ketika sambutan tahun baharu malam tadi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan pemerhatian polis, kira-kira 25,000 orang hadir di Dataran Merdeka termasuk mereka yang datang untuk menyambut tahun baharu.
Polis tidak menolak kemungkinan penganjur perhimpunan itu adalah empat badan bukan kerajaan (NGO) seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Perhimpunan haram itu bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.
Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Mohmad berkata sebanyak 1,936 laporan polis diterima daripada NGO dan individu yang membantah perhimpunan itu, manakala lapan laporan polis dibuat terhadap perhimpunan haram malam Selasa.
Beliau berkata laporan polis itu termasuk berhubung penemuan empat bilah parang dan tiga pisau rambo yang disembunyikan dalam payung di celah pokok bunga, belakang bangunan Kompleks Daya Bumi.
"Kami menerima maklumat itu daripada seorang pengawal keselamatan yang juga anggota polis bantuan. Kami masih menyiasat motif senjata itu diletakkan di situ," katanya.
Mohmad berkata pihaknya turut menerima laporan berhubung seorang pegawai polis cedera di kepala dan mulut semasa bertugas selepas dibaling dengan tin minuman oleh peserta perhimpunan di Bukit Bintang.
Beliau berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat berhubung perhimpunan haram terbabit.
Bernama
Thu Jan 02 2014
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis kumpul bukti perhimpunan haram cemar sambutan Ambang 2014
Akibat tindakan agresif peserta perhimpunan itu, tiga anggota polis tercedera dan polis turut menemui empat parang dan tiga pisau di dalam sebuah longkang.
Perhimpunan Haram: DBKL bincang tindakan susulan dengan Polis
Perhimpunan haram itu telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.