PUTRAJAYA:Polis menahan lima lelaki warga Pakistan termasuk dalang sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19 dalam beberapa siri serbuan sejak minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, berkata kegiatan sindiket itu mula dikesan selepas dua warga Pakistan ditahan di KLIA pada 20 Januari lalu.
Katanya, kedua-dua mereka yang ingin pulang ke negara asal didapati mengemukakan surat keputusan ujian COVID-19 palsu yang mengatakan mereka bebas daripada virus berkenaan di sebuah kaunter syarikat penerbangan.
“Kita percaya, mereka tidak mahu menjalani saringan COVID-19. Jadi mereka terdesak lalu membeli surat keputusan ujian palsu untuk pulang ke Pakistan,” katanya pada sidang akhbar di IPD KLIA pada Rabu.
Katanya, siasatan mendapati kumpulan dikenali sebagai 'Geng Habib' itu didalangi warga Pakistan dan hanya menyasarkan rakyat negara itu sebagai pelanggan.
Katanya, siasatan turut mendapati tiada mana-mana klinik atau makmal terlibat dengan sindiket terbabit kerana mereka hanya memalsukan surat keputusan ujian sahaja.
Mengenai tangkapan, beliau berkata susulan tangkapan dua warga Pakistan pada 20 Januari, pihaknya menahan dua lagi suspek senegara di dua lokasi berbeza di Johor Bahru pada 22 Januari.
Katanya, seorang lagi warga Pakistan yang menjadi dalang kemudian ditahan di Bandar Baru Seri Petaling dekat sini pada 25 Januari.
Katanya, selain itu, terdapat dua warga Pakistan ditahan di KLIA ketika cuba menggunakan dokuman yang sama pada 22 Januari, menjadikan keseluruhan tangkapan seramai tujuh orang.
Katanya, polis antara lain merampas lapan telefon bimbit pelbagai jenama, komputer, mesin pencetak, pemacu keras selain wang tunai RM13,500 serta 12 keping surat pengesahan ujian saringan COVID-19 palsu.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 465 dan 471 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Wed Jan 27 2021

Imran berkata siasatan turut mendapati tiada mana-mana klinik atau makmal terlibat dengan sindiket itu kerana mereka hanya memalsukan surat keputusan ujian sahaja. - Bernama

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

AWANI Ringkas: Masih ramai tidak percaya, tidak yakin

Intelek gesa NGO bantu sedia kelas pasca PdPR
Pertubuhan Intelek Wawasan Malaysia (Intelek) menggesa lebih banyak NGO tampil membantu menyediakan kelas kepada pelajar pada fasa pasca pelaksanaan PDPR.

Peniaga dijangka lebih berhati-hati suku pertama 2021
Sektor industri merupakan sektor utama menunjukkan isyarat pemulihan namun masih dalam sentimen pesimis dengan petunjuk keyakinan -4.4 peratus pada suku tahun 2021.

Upacara perkahwinan bukan Islam dibenar di kawasan PKP, PKPB, PKPP - JPN
Keputusan itu dibuat kerajaan bagi membolehkan upacara perkahwinan bukan Islam yang tertangguh semasa tempoh PKP 2.0 dapat dilaksanakan.

Ingkar PKP: Denda RM10,000 bagi kesalahan pertama buat rakyat, penguatkuasa pening kepala - Najib
Pelaksanaan denda RM10,000 bagi kesalahan pertama ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan mengakibatkan masyarakat tidak akan berpuas hati, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lady Gaga tawar RM2 juta pulangkan 'Koji' dan 'Gustav'
Anjing peliharaannya, Koji dan Gustav dipercayai dilarikan perompak dalam insiden tembakan di Hollywood.

Mahkamah tolak permohonan suspek Macau Scam bebas tahanan POCA
Enam lelaki warga China itu ditahan dalam operasi khas polis berkaitan sindiket perjudian dalam talian pada Oktober tahun lepas.

Teliti jalan terbaik panggil PATI suntik vaksin
Kerajaan perlu meneliti jalan terbaik panggil PATI atau pekerja tanpa dokumen sah, tampil ke hadapan dapatkan suntikan vaksin COVID-19.

10,000 orang awam di Samarahan sudah daftar program vaksinasi
Kira-kira 10,000 orang awam di Samarahan telah berdaftar bagi menyertai program imunisasi COVID-19 fasa kedua dan ketiga.

Polis tumpas 'Geng Habib' dalang pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19
Polis menahan lima lelaki warga Pakistan termasuk dalang sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan surat keputusan ujian COVID-19 dalam beberapa siri serbuan sejak minggu lalu.