awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/09/2023
05:39 MYT
Polis tumpas lima sindiket jadikan Langkawi transit penyeludupan PATI
Fisol (depan) berkata, turut ditahan ialah 47 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang berumur antara 15 hingga 50 tahun. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis Kedah berjaya menumpaskan lima sindiket penyeludupan migran yang menjadikan Langkawi sebagai 'pusat transit', dengan penahanan 12 ejen warga tempatan dan Myanmar menerusi Op Pintas pada 15 Ogos hingga 7 September lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, turut ditahan ialah 47 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang berumur antara 15 hingga 50 tahun yang diseludup masuk melalui jalan laut dan darat di sekitar Langkawi dan Kubang Pasu.
"Kesemua kumpulan sindiket ini tidak berkaitan, bagaimanapun modus operandi mereka adalah sama iaitu dengan menyeludup migran masuk ke negara ini melalui jalan laut dan darat serta mempunyai hubungan dan kerjasama dengan ejen sindiket di Yangoon, Myanmar.
"Kesemua migran ini telah dijanjikan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi di negara dan mereka perlu membuat pembayaran antara RM5,000 hingga RM7,000 setiap seorang kepada ejen sindiket berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya juga telah mengadakan pertemuan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah bagi berbincang isu kemasukan migran secara haram di kawasan pagar sempadan negara.
"Tindakan perlu diambil segera di sempadan berpagar, begitu juga sempadan laut dan seperti sedia maklum, Langkawi merupakan tempat transit.. apabila mendarat di Langkawi itu sudah dikira berada dalam kawasan domestik jadi mereka boleh ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis tanpa memerlukan sebarang dokumen," katanya.
Dalam perkembangan sama, Fisol berkata pihaknya juga berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak diesel di sekitar kawasan sempadan Kubang Pasu bermula 31 Ogos hingga 8 Sept lalu.
"Sepanjang tempoh itu, polis berjaya merampas 7,950 liter minyak diesel dianggarkan berjumlah lebih RM17,000 daripada diseludup keluar ke negara jiran dan turut ditahan ialah tujuh lelaki warga Thailand dan dua lelaki tempatan yang berusia antara 21 hingga 50 tahun.
"Kesemua tangkapan dan rampasan telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
Topic Berkaitan
#Polis Kedah
#Langkawi
#transit penyeludupan manusia
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan