awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan

Bernama
Bernama
15/03/2025
14:45 MYT
Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0 di sekitar Dungun, Setiu dan Besut di Terengganu serta Pasir Puteh, Kelantan pada 6 hingga 12 Mac lepas.
KUALA LUMPUR: Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0 di sekitar Dungun, Setiu dan Besut di Terengganu serta Pasir Puteh, Kelantan pada 6 hingga 12 Mac lepas.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman DSP Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata operasi melibatkan jabatan itu bersama kontinjen Terengganu dan Kelantan bertujuan menyekat kemasukan dadah di sempadan kedua-dua negeri.
"Hasil daripada operasi berkenaan seramai 24 individu berusia 25 hingga 46 tahun dipercayai pengedar dadah berjaya ditahan dan polis merampas sebanyak 2,411 biji pil yaba, 100 biji pil ekstasi dan 500 gram ganja yang dianggarkan bernilai RM50,000
"Daripada tangkapan itu seramai 13 individu didapati positif dadah jenis metamfetamina, amfetamina dan morfin, semakan juga mendapati 21 daripada mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket itu adalah dengan menyeludup masuk bekalan dadah dari sempadan pantai timur untuk pasaran tempatan khususnya nelayan.
JSJN-OP PENYU 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Mat Zani berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
"Siasatan lanjut sedang diteruskan bagi mengesan rangkaian ahli sindiket yang masih bebas untuk diheret ke muka pengadilan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah diminta menghubungi talian JSJN 012-208 7222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#tumpas sindiket dadah
#nelayan
#Ops Penyu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan