awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
11/01/2024
14:02 MYT
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Hazani Ghazali berkata, mereka ditahan dalam serbuan khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Perisikan Siasatan Khas (PSK) di Klang pada 9 Januari lalu. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR: Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, mereka ditahan dalam serbuan khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Perisikan Siasatan Khas (PSK) di Klang pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas satu juta liter minyak diesel bersubsidi, 18 buah lori tangki minyak, 16 buah tangki skid yang setiap satu dianggarkan mengandungi 2,000 hingga 114,640 liter diesel, pam minyak (14 buah) dan dua buah buku stok keluar masuk minyak diesel.
"Siasatan dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Hazani menjelaskan, dengan penahanan 12 suspek itu, polis berjaya menumpas satu sindiket penyeludupan bersubsidi di Klang.
Mengulas lanjut, beliau memberitahu, polis memberkas 40 individu menerusi 13 serbuan dengan jumlah rampasan hampir RM40 juta untuk 10 hari pertama bulan ini.
Menurutnya, PDRM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam memerangi penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi untuk memastikan hasil negara sentiasa dilindungi daripada ketirisan.
"Kerjasama daripada orang ramai dalam penyaluran maklumat kepada pihak berkuasa amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah dapat dibanteras sepenuhnya," tambahnya.
Topic Berkaitan
#diesel bersubsidi
#Polis Diraja Malaysia
#seludup diesel
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan