Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM214,000 terdiri daripada dadah jenis pil ekstasi, ketamin dan juga pil erimin five.
Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, pihaknya juga menahan seorang suspek lelaki berbangsa Cina berusia 21 tahun di Taman Desa Petaling, di sini.
"Hasil siasatan terhadap suspek membawa kepada dua lagi tangkapan suspek berbangsa Cina masing-masing berusia 38 dan 34 tahun ketika serbuan di apartmen Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Adnan, hasil serbuan polis turut merampas dadah jenis serbuk ekstasi, rokok ganja, pil ekstasi dan juga ketamin.
Pihak polis, kata beliau, juga menyita dua buah kenderaan jenis Honda CRZ dan Naza selain turut merampas wang tunai berjumlah RM926.
Barangan rampasam lain termasuk seutas jam tangan berjenama dan dua bentuk cincin.
Sementara hasil ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek pula mendapati positif dadah jenis ketamin.
Kesemua suspek, kata beliau, telah direman selama tujuh hari bermula 13 September.
Menurut Adnan juga, mereka yang ditahan dipercayai bergiat aktif dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang selama tiga bulan.
Kes, kata beliau, disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Hilmi Malik
Wed Sep 18 2019
Antara dadah dan barangan lain yang dirampas oleh PDRM dalam satu serbuan di apartmen Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. - Gambar PDRM
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Polis tahan lelaki cuba edar lebih 380 gram dadah di pusat hiburan Sibu
Pasukan keselamatan menemukan 10 paket plastik pelbagai saiz bertulis Juice Master disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi.
Polis tahan empat lelaki, rampas dadah RM4.3 juta
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta menerusi tiga serbuan berasingan di Kluang pada 17 Julai lepas.
Polis tahan lima lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM3 juta
Polis merampas sebanyak 64.89 kilogram syabu bernilai lebih RM2.14 juta dan 58,626 biji pil ekstasi bernilai RM1.29 juta.
Pengedar dadah ditahan di Bali, meth dan ekstasi dirampas
Andi Prayitno, 40, didapati memiliki 1 kg methamphetamine dan 2,000 pil ekstasi selepas beberapa minggu di bawah pengawasan.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai lebih RM300,000
Polis merampas dadah jenis ketamin seberat 6.1 kilogram dan pil ekstasi seberat 915 gram yang dipercayai bagi pasaran Lembah Klang.
Polis tahan lelaki, rampas 5.6kg dadah dalam serbuk minuman berperisa
Polis berjaya merampas lebih 5.6 kilogram dadah jenis ekstasi yang dicampur dalam serbuk minuman berperisa buah-buahan semasa serbuan di sebuah kondominium di Jalan Medah, Ipoh, pada Jumaat.
Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah bernilai RM2 juta
Dadah yang dirampas dipercayai untuk tujuan pasaran tempatan bagi kegunaan pusat hiburan dan parti persendirian.
Anak Rhoma Irama ditangkap lagi, pil ekstasi ditemui dalam seluar, positif amfetamin
Sewaktu serbuan dibuat di unit apartmen berkenaan, Ridho sedang bersama dua orang lelaki lain.
17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.
Dadah bernilai RM25.87 juta dirampas di Pulau Pinang
Serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang di beberapa kawasan di Nibong Tebal, sekitar pukul 7 petang Isnin hingga 11 malam Rabu lepas.