awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000

Bernama
Bernama
27/01/2023
06:37 MYT
Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000
Polis turut merampas lebih 17 kg dadah jenis heroin dan ganja yang dianggarkan bernilai RM206,000 serta sebuah kereta Toyota Camry bernilai RM40,000, barang kemas dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM261,870. - Gambar Polis KL
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah di ibu kota dengan penahanan lima lelaki tempatan serta merampas lebih 17 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan ganja yang dianggarkan bernilai RM206,000.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 29 hingga 34 tahun ditahan dalam operasi berasingan di sekitar ibu kota sejak Rabu lepas sehingga semalam.
Azmi berkata, dalam operasi pertama Rabu lalu di Taman Connaught, Cheras di sini, polis menahan empat lelaki yang membawa kepada penemuan heroin seberat 12.3kg dianggarkan bernilai RM191,000 di dalam sebuah kereta di taman permainan kanak-kanak berhampiran.
"Operasi kedua esoknya, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di tepi Jalan San Peng, di sini pada 12 tengah hari dan merampas ganja seberat sekilogram.
"Siasatan lanjut kemudian membawa kepada penemuan ganja seberat lima kilogram di sebuah bilik simpanan alat pemadam api bomba di sebuah perumahan awam di jalan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Azmi, tiga daripada suspek yang ditahan, positif dadah jenis ganja dan kesemua mereka mempunyai pelbagai rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.
Katanya, sindiket berkenaan aktif sejak tiga bulan yang lepas dan menjadikan kenderaan serta bilik simpanan alat pemadam api sebagai stor dadah bagi mengaburi pihak berkuasa.
"Semua dadah yang dirampas diperoleh daripada pembekal di sekitar Lembah Klang dan dipercayai untuk pasaran di sini (Kuala Lumpur)," katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas barang kemas bernilai RM15,000, wang tunai RM870 dan Toyota Camry bernilai RM 40,000 dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM261,870.
Katanya semua suspek direman sehingga 1 Feb depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#rampasan dadah
#Ketua Polis Kuala Lumpur
#ganja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan