Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan mendakwa 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan pada 31 Ogos lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
"Memang mereka (anggota PPS) telah diberi jaminan kedua oleh polis pada Rabu lepas dan sebenarnya tidak timbul isu polis tidak cukup bukti atau sebagainya kerana menyambung jaminan tersebut.
"Sebaliknya polis mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu memberi lanjutan jaminan sehingga Pejabat Peguam Negara memberi arahan untuk mendakwa semua anggota PPS berkenaan," katanya.
Abdul Rahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Whitening Black Spot di kawasan Bukit Gedung, di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan berkata lanjutan tempoh jaminan untuk kali kedua sehingga 1 Dis ini terhadap anggota PPS itu menunjukkan bahawa peguam negara dan polis tidak ada bukti kukuh semasa menangkap anggota PPS.
Lim turut dilaporkan berkata bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung.
Pada 31 Ogos lepas, 154 anggota PPS ditahan kerana ingkar amaran untuk tidak menjalankan aktiviti selepas didapati tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
Ini disusuli penahanan anggota exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang merupakan pengerusi PPS, Phee Boon Poh, pada hari yang sama dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima RSN Rayer sehari selepas itu.
Timbalan Pengerusi PPS merangkap Anggota Parlimen Tanjong Ng Wei Aik ditahan pada 4 Sept.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, polis Pulau Pinang mengambil beberapa tindakan proaktif termasuk menubuhkan tiga pasukan khas untuk memerangi jenayah ragut, samun tanpa senjata api dan pecah rumah yang kini semakin meningkat.
"Menurut rekod polis sepanjang tahun ini berbanding tahun lepas, jenayah ragut meningkat 86 kes, samun tanpa senjata dan pecah rumah masing-masing 25 kes," katanya.
Abdul Rahim berkata setiap pasukan khas itu akan diketuai pegawai berpangkat ASP dan disertai 25 anggota polis untuk membuat pemantauan dan pencegahan jenayah berkenaan.
Beliau berkata pihaknya juga merancang untuk menambah pasukan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan yang kerap berlaku jenayah berkenaan.
Program Inisiatif Whitening Black Spot itu merupakan kolaborasi antara polis dan beberapa agensi penguatkuasaan lain antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pertubuhan bukan kerajaan serta komuniti setempat.
Bernama
Sat Nov 01 2014
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. - Gambar Fail
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Sampel rambut digunakan untuk kesan dadah bagi calon ingin sertai PDRM
Polis akan guna sampel rambut bagi mengesan penggunaan dadah dalam kalangan calon anggota dan pegawai mulai tahun hadapan
Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Pemilik sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias menafikan berlaku pencabulan seksual dalam kalangan pelajarnya seperti yang viral di media sosial.
Polis siasat dakwaan pencabulan seksual di Maahad Tahfiz Darul Barakah
Polis Perak sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sebuah sekolah Maahad Tahfiz Darul Barakah di Ipoh.
Polis Perak siasat dakwaan pencabulan seksual di maahad tahfiz
Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan pihak sekolah terbabit.
Polis Perak siasat kumpulan ajaran sesat 'tentera Mahdi'
Polis Perak akan mengadakan risikan terperinci dan perbincangan bersama dengan JAIPk berkenaan kes pemuda yang mengaku sebagai Imam Mahdi.
Polis klasifikasi semula kes kebakaran jika ada unsur jenayah
Jika terbukti, polis akan mengklasifikasi semula siasatan daripada laporan kebakaran kepada Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan bencana dengan menggunakan api.
36 kes pecah rumah di P. Pinang sejak Op Selamat 7 bermula
Ketua Polis Pulau Pinang berkata walaupun peningkatan kes tidak begitu ketara namun polis akan melipatgandakan pengawasan dan rondaan.
PRK P.Pauh: Polis terima 11 laporan sepanjang tempoh pengundian
Polis menerima 11 laporan berhubung pergaduhan dan provokasi antara penyokong parti-parti bertanding sepanjang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh semalam.
Sindiket dadah RM5 juta tumpas
Polis Pulau Pinang merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM5 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Lebuh Sungai Pinang.
Polis buka kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung larangan penggunaan kalimah Allah.