ALOR SETAR: Polis menunggu laporan penuh daripada Jabatan Kimia bagi mengesahkan punca kematian remaja perempuan berusia 17 tahun yang ditemui di kawasan kebun getah, Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, bedah siasat awal terhadap mayat mangsa mendapati tiada kecederaan luaran dan dalaman akibat perbuatan jenayah pada tubuh mangsa.
“Bedah siasat dilakukan hampir tiga jam bermula jam 9.45 pagi tadi hingga 12 tengah hari. Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan daripada jabatan kimia untuk mengesahkan punca sebenar kematian mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui dalam kebun getah
Katanya, selain itu tiada kesan pergelutan atau mempertahankan diri ditemui pada mayat mangsa.
Bagaimanapun menurut Ahmad Shukri, siasatan terhadap semua suspek yang dipercayai berada bersama mangsa sebelum kematiannya masih diteruskan untuk mengetahui bagaimana mayatnya berada di kawasan kebun getah terbabit.
Semalam, media melaporkan mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai dibunuh ditemui di kawasan kebun getah di kawasan itu pada Selasa.
Mayat mangsa yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar pendek ditemui kira-kira jam 7.45 malam Selasa oleh penduduk kampung.
Adie Sufian Zulkefli
Fri May 14 2021
Bedah siasat awal terhadap mayat mangsa mendapati tiada kecederaan luaran dan dalaman akibat perbuatan jenayah pada tubuh mangsa. - Gambar fail/ PDRM
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Disangka hilang ketika bersenam, rupanya keluar dengan rakan
Seorang remaja perempuan yang didakwa hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui selepas usaha pencarian dilakukan media sosial.
Remaja perempuan bakar rumah di Wangsa Maju selepas pergerakan disekat
Seorang remaja perempuan memulakan kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju kerana dikatakan tidak puas hati pergerakannya disekat.