awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui dalam kebun getah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
13/05/2021
14:23 MYT
Mayat remaja perempuan mangsa bunuh ditemui dalam kebun getah
Mayat mangsa yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar pendek ditemui kira-kira jam 7.45 malam Selasa oleh penduduk kampung. - Gambar/ PDRM
POKOK SENA: Mayat seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dipercayai dibunuh ditemui di kawasan kebun getah di Pokok Pauh Dalam, Lesong, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat mangsa yang memakai kemeja-T hitam dan berseluar pendek ditemui kira-kira jam 7.45 malam Selasa oleh penduduk kampung.
Katanya, pemeriksaan menemui kesan kecederaan pada paha kanan mangsa.
"Mayat itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
"Identiti mangsa sudah dikenal pasti dan dicam oleh ibunya hari ini. Dia menetap di Pekan Air Hitam ," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, susulan itu, polis menahan sembilan individu membabitkan enam lelaki dan tiga wanita berusia antara 13 hingga 33 tahun.
“Hasil soal siasat, kesemua suspek mengaku berada bersama mangsa dan berparti bersama pada malam Ahad hinggga pagi Isnin," katanya.
Katanya, kesemua suspek telah direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 18 Mei untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ahmad Shukri berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang daripada sembilan suspek positif ketamin.
Topic Berkaitan
#Remaja perempuan
#mangsa bunuh
#ditemui dalam kebun getah
#berparti
#pokok sena
#Pokok Pauh Dalam
#Lesong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan