awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
04/04/2016
06:40 MYT
Polis tunggu laporan penuh identiti kumpulan culik empat rakyat Malaysia di Sabah
Dalam kejadian jam 6.15 petang Jumaat lalu, empat kru kapal tunda Massive 6 yang berasal dari Sibu, Sarawak dikenali sebagai Wong Teck Kang, Wong Hung Sing, Wong Teck Chii dan Johnny Lau Jung Hien. - Gambar fail
Polis masih menunggu laporan penuh berhubung identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakyat Malaysia dalam kejadian di sempadan Pulau Ligitan, Semporna, Jumaat lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil mengaku melakukan penculikan itu serta membuat tuntutan wang tebusan bagi pembebasan mereka/
"Kita belum menerima panggilan daripada mana-mana pihak yang mengaku bertanggungjawab dan menuntut wang tebusan.
"Berhubung ada laporan dari luar negara yang mengatakan kumpulan Abu Sayaff sebagai dalang penculikan ini, kita masih siasat, " katanya ketika dalam sidang media bersempena majlis penyerahan 34 motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya masih menyiasat sama ada kumpulan suspek yang menculik empat mangsa itu adalah kumpulan sama dalam kes penculikan membabitkan 10 kru kapal tunda warga Indonesia di Wilayah Tawi-Tawi, Filipina, 26 Mac lalu.
BACA: Lanun bersenjata culik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah
BACA: Polis masih belum terima maklumat tuntutan tebusan - KPN
BACA: Polis Sabah sahkan empat rakyat Malaysia diculik di perairan Ligitan Sabah
"Kita berharap mereka masih dalam keadan selamat. Polis masih berusaha mengesan lokasi kedudukan mereka secepat mungkin," katanya.
Dalam kejadian jam 6.15 petang Jumaat lalu itu, empat kru kapal tunda Massive 6 yang berasal dari Sibu, Sarawak dikenali sebagai Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29; dan Johnny Lau Jung Hien, 21 diculik oleh sekumpulan lapan lelaki bertopeng dan lengkap bersenjata api sebelum dilarikan menggunakan bot laju di sempadan Pulau Ligitan, Semporna.
Topic Berkaitan
#Abdul Rashid Harun
#Polis masih menunggu laporan penuh identiti kumpulan yang bertanggungjawab menculik empat rakya Malaysia dalam kejadian di Pulau Ligitan
#Semporna pada Jumaat lalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan