awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis umum 18 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanan PDRM

Bernama
Bernama
02/07/2016
15:57 MYT
Polis umum 18 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanan PDRM
PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan 18 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos depan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan, berkata pertukaran itu antara lain melibatkan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman yang baharu.
Tempat beliau diambil alih Datuk Rusli Ahmad yang sebelum ini merupakan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.
Kenyataan itu turut memaklumkan Penolong Pengarah (Teknologi), Bahagian Analisis dan Pembangunan Teknologi, Jabatan Strategik dan Teknologi Bukit Aman ACP Azizee Ismail dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan/Penyelengaraan) di jabatan dan cawangan yang sama.
Azizee menggantikan ACP Abdurrahim Mohd Isa yang dilantik Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di Cyberjaya, Selangor.
Sementara ACP Sulaiman Hussain yang sebelum ini, memegang jawatan Ketua Bahagian Penerbangan King Air, Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman akan bertukar jawatan dengan ACP Nasarudin Abdul Mubin sebagai ACP Ketua Inspektorat Kejuruteraan, Pasukan Gerakan Udara cawangan sama.
Selain itu, antara yang turut bertukar jawatan ialah Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Kewangan/Perbankan/Koperasi/Insurans) JSJK Bukit Aman ACP Abdul Ghani Ahmad kepada Ketua JSJK IPK Pulau Pinang, yang disandang oleh Pemangku ACP Ramli Mohd Nor.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#PDRM
#pertukaran jawatan pegawai kanan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan