awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat

Bernama
Bernama
11/02/2025
09:00 MYT
Polis yakin suspek kes tembak Setia Alam ditahan dalam masa terdekat
Siasatan awal mendapati suspek melepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah tersebut selepas berang ditegur oleh pekerja pembersihan agar mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin suspek kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Sabtu lepas akan ditahan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya sedang giat memburu suspek terbabit.
"Polis telah mengenal pasti suspek dan sedang memburunya. Butiran lanjut tidak dapat didedahkan buat masa ini," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an, berkulit cerah, dan mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah lain.
Siasatan awal mendapati suspek melepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah tersebut selepas berang ditegur oleh pekerja pembersihan agar mengalihkan barang yang diletakkan di kawasan kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, yang memperuntukkan hukuman mati.
Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Setia Alam
#identiti suspek
#tembakan rambang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan