awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polisi awam berkaitan dana politik perlu demi integriti - Akhbar Satar

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/01/2021
11:45 MYT
Polisi awam berkaitan dana politik perlu demi integriti - Akhbar Satar
Akhbar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana ia berpotensi menjejaskan integriti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing.
Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, dana asing merupakan satu bentuk ancaman kepada negara kerana ia berpotensi menjejaskan integriti.
"Dana awam ini perlu kerana apabila ada pilihan raya contohnya, parti politik memerlukan wang yang banyak. Kebiasaannya mereka mendapatkan dana daripada pihak swasta, orang perseorangan dan ada juga dana daripada pihak asing.
"Apabila diberi dana oleh mana-mana syarikat atau GLC, katalah RM50 juta, wang itu masuk ke akaun sendiri. Apabila wang itu dimasukkan ke akaun parti, mereka masukkan mungkin RM20 juta atau RM30 juta. Ini tidak amanah," katanya ketika muncul dalam program Buletin AWANI.
Beliau juga menegaskan kelemahan Akta Pilihan Raya dan Akta Kesalahan Pilihan Raya perlu diatasi dengan kadar segera.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa. Pembiayaan yang dibenar untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah RM150,000 manakala Parlimen pula RM200,000.
"Tetapi kita sendiri boleh lihat setiap kali pilihan raya, tidak kira umum atau kecil, perbelanjaannya begitu besar. Sudah tentu dana datang daripada syarikat-syarikat tertentu.
"Jadi apabila dana diterima menerusi cara begini, atau lebih bahaya dana dari luar negara, ada kemungkinan kita akan diarah untuk 'berbuat' sesuatu. Sebab itu ada negara yang dana politik dibiayai kerajaan sepenuhnya," ujarnya.
Politik | Polisi awam berkaitan dana politik diperlukan
Sementara itu, menjelang pembentangan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 pada 28 Januari ini, Akhbar berpendapat, ada kemungkinan skor dan ranking negara akan mengalami penurunan berbanding tahun lalu.
Ia susulan situasi tidak menentu politik ketika ini.
"Tahun lalu, untuk unjuran 2019, kita mendapat skor dan ranking paling baik dalam tempoh 20 tahun. Ini kerana apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam PRU14, rakyat yakin dan percaya akan ada pembaharuan yang lebih baik.
"Tetapi situasi itu tidak berlaku walaupun selepas dua tahun PH memerintah, malah juga manifesto yang tidak ditunaikan.
"Dengan kerajaan sekarang pula, melihat kepada ketidakstabilan politik dan tadbir urus yang tidak memuaskan, sudah tentu pakar-pakar yang menghasilkan laporan ini akan memberikan skor yang rendah.
"Apapun, saya jangka penurunan skor tidak signifikan tetapi ranking mungkin jatuh dengan banyak," katanya.
Topic Berkaitan
#politik
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#GLC
#PRU14
#Pakatan Harapan
#pilihan raya
#Rasuah
#Amanah
#kerajaan
#dana politik
#integriti
#Akhbar Satar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan