awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Selamat Tahun Baharu belia Malaysia
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politeknik Merlimau duduki tangga ke-199 dalam Ranking Dunia Universiti UI GreenMetric 2025

Bernama
Bernama
29/12/2025
02:50 MYT
Politeknik Merlimau duduki tangga ke-199 dalam Ranking Dunia Universiti UI GreenMetric 2025
Norizam berkata peningkatan prestasi PMM sejak penyertaan awal pada 2018 didorong oleh pelaksanaan inisiatif SmartGreen PMM yang berpaksikan SDG. - Foto Facebook PMM
JASIN: Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mencatat sejarah tersendiri apabila menduduki tangga ke-199 daripada 1,745 universiti dunia dalam Ranking Dunia Universiti UI GreenMetric 2025.
Pengarah PMM Norizam Sekak berkata UI GreenMetric merupakan sistem penarafan global yang menilai prestasi institusi pengajian tinggi berdasarkan aspek kelestarian kampus, termasuk infrastruktur dan persekitaran, tenaga dan perubahan iklim, pengurusan sisa, pengurusan air, pengangkutan serta pendidikan dan penyelidikan.
"Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan PMM sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) paling lestari di Malaysia, serta membuktikan keupayaan politeknik bersaing pada peringkat antarabangsa dalam agenda pembangunan mampan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Norizam berkata peningkatan prestasi PMM sejak penyertaan awal pada 2018 didorong oleh pelaksanaan inisiatif SmartGreen PMM yang berpaksikan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), dengan antara faktor utama kejayaan termasuk pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga kampus, inisiatif penjimatan tenaga sehingga 20 peratus, serta pelaksanaan projek Energy Performance Contract (EPC) yang menyokong penggunaan tenaga secara lebih cekap dan mampan.
Beliau berkata selain itu, PMM turut melaksanakan pelbagai projek hijau berimpak tinggi seperti sistem tadahan air hujan, pembangunan tasik kampus sebagai ekosistem biodiversiti, pembinaan rumah cekap tenaga, serta pengurusan sisa kampus secara bersepadu sekali gus pendekatan pengurusan berasaskan data dan pemantapan pelaporan secara sistematik turut meningkatkan tahap kredibiliti penilaian pada peringkat antarabangsa.
"Pencapaian ini memberi manfaat langsung kepada pelajar melalui pendedahan kepada pembelajaran berasaskan amalan kelestarian sebenar, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.
"Bagi kakitangan pula, pelaksanaan kampus hijau mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif serta menyokong pembangunan profesional manakala kepada masyarakat setempat, PMM berperanan sebagai pusat rujukan amalan lestari melalui program libat sama komuniti dan kerjasama strategik.
Norizam berkata pencapaian itu membuktikan usaha berterusan PMM dalam memacu agenda kelestarian selaras dengan aspirasi negara dan SDG dan pihaknya akan terus memperkukuh agenda kelestarian melalui pelaksanaan Blueprint SmartGreen PolyCC 2025-2030, dengan sasaran untuk menembusi kelompok Top 100 dunia dalam penarafan UI GreenMetric.
Beliau berkata PMM kini berada di kedudukan ke-11 daripada 91 institusi pengajian tinggi di Malaysia, serta mengekalkan kedudukan nombor satu dalam kalangan 51 institusi Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ranking Dunia Universiti UI GreenMetric 2025
#Politeknik merlimau Melaka
#UI GreenMetric 2025
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan