KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyarankan agar mewujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, bagi menyelesaikan permasalahan politik yang berlaku di negeri berkenaan.
Beliau yang juga Presiden UMNO itu berkata cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat.
"Untuk Sabah tentunya tidak begitu sukar untuk Kerajaan Perpaduan itu diwujudkan, tetapi soal penerimaan adalah satu aspek yang harus kita santuni terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sembang Santai Bersama Media di sini hari ini.
Justeru, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu meminta semua parti berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan saranan Anwar untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, demi keutamaan rakyat.
"Saya yakin rakyat Sabah tidak mahu Pilihan Raya Negeri diadakan, kerana ini bukan hanya memenatkan tetapi dalam masa sama membebankan. Demokrasi bukan hanya dari pilihan raya tetapi daripada kesepakatan antara parti-parti politik," katanya.
Semalam, Anwar dan Ahmad Zahid mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin susulan menarik sokongan terhadap Hajiji, Ahmad Zahid berkata: "Ada beberapa perincian perlu dibincangkan dan insya-Allah saya akan berjumpa dengan beliau dalam masa terdekat."
Jumaat lepas, Bung Moktar mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah untuk menarik sokongan terhadap Hajiji, susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar.
Bagaimanapun pada Sabtu, lima wakil rakyat daripada BN menyatakan pendirian menyokong Hajiji dan merupakan antara 44 ADUN yang didakwa masih memberikan sokongan kepada beliau sebagai Ketua Menteri serta mengekalkan kerajaan negeri ketika ini.
DUN Sabah mempunyai 79 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk enam yang dilantik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Ahmad Zahid berkata cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan di Sabah, melibatkan semua parti yang berada dalam kerajaan di peringkat pusat. - Gambar fail/BERNAMA
Presiden AS Joe Biden ucap selamat Hari Raya Aidiladha
Presiden Ameria Syarikat Joe Biden dan isteri Jill Biden mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada komuniti muslim di Amerika Syarikat dan umat Islam di seluruh dunia.
Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Instagram beliau turut mendoakan agar mereka yang menunaikan ibadah haji agar memperoleh haji mabrur.
Menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Instagram beliau turut mendoakan agar mereka yang menunaikan ibadah haji agar memperoleh haji mabrur.
Hijab di Olimpik: Perancis dituduh diskriminasi atlet sendiri
Perancis didakwa mendiskriminasikan atletnya sendiri yang akan dihalang daripada memakai hijab di temasya Sukan Olimpik Paris, bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
AWANI Ringkas: Harga baharu berkuatkuasa hari ini
PM Thailand Srettha Thavisin positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin pada Ahad mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19.
Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti sakit disebabkan diagnosis itu.
Srettha mengumumkan di akaun rasmi X miliknya bahawa beliau akan mengambil cuti sakit disebabkan diagnosis itu.
Kerajaan tidak hapus subsidi - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan kekal komited menangani penyeludupan diesel sambil berusaha mengimbanginya dengan perihal bekalan dan kos sara hidup rakyat.
Angka kematian akibat genosid Israel meningkat ke 37,337
Angka kematian akibat serangan genosid Israel di Gaza telah meningkat kepada 37,337 orang.
Perkara itu dimaklumkan sebuah agensi perubatan tempatan pada Ahad.
Perkara itu dimaklumkan sebuah agensi perubatan tempatan pada Ahad.
Rezeki panggilan istimewa haji usia muda
Hanya Allah yang mengetahui sama ada hambaNya layak atau tidak mengerjakan ibadah haji.
Itu ujar selebriti dan pempengaruh, Elfira Loy, yang baru sahaja berusia 30 tahun, namun dipanggil untuk melaksankan rukun islam yang kelima itu yang diberikan oleh Kementerian Media Arab Saudi.
Itu ujar selebriti dan pempengaruh, Elfira Loy, yang baru sahaja berusia 30 tahun, namun dipanggil untuk melaksankan rukun islam yang kelima itu yang diberikan oleh Kementerian Media Arab Saudi.
Penghayatan dan amalan haji ajar mesej kesederhanaan - PM
Tonggak kekuatan Haji terpancar menerusi penghayatan dan amalan yang mengajak umat Islam agar menghayati mesej kesederhanaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 20,000 jemaah di Masjid Putra.
Perdana Menteri yang berbaju Melayu biru muda tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.52 pagi, disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Perdana Menteri yang berbaju Melayu biru muda tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.52 pagi, disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Nenek, cucu sesat di Bukit Buluh Telur, ditemukan selamat
Seorang nenek bersama cucu perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai tersesat di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Bharu, ditemukan dalam keadaan selamat.
Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.
ADUN lompat parti tindakan tidak berpelembagaan - Warisan
Tindakan ADUN melompat selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan kepada Akta Antilompat Parti dianggap tidak berpelembagaan.
Dua pemimpin UMNO Kinabatangan umum keluar parti, sokong Hajiji
Dua pemimpin UMNO bahagian Kinabatangan mengisytiharkan keluar parti dan mengumumkan akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
KDM umum beri sokongan penuh kepada Hajiji sebagai KM Sabah
Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beri tumpuan utama kepada perpaduan dan pembangunan rakyat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyeru semua pihak terus menjalankan tugas sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, terutamanya kepada rakyat.
Andi Suryady sokong Hajiji demi pembangunan Sabah dan rakyat
Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan negeri dan membantu rakyat.
Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.
Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.
Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).