KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Yusof Yacob telah menasihatkan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin supaya tidak 'mengganggu' kerajaan Sabah sebelum ini.
Yusof bagaimanapun berkata, cubaan merampas kuasa daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor tetap dilakukan dan menyebabkan berlakunya pergolakan politik di negeri ini.
"Saya salah seorang yang tidak bersetuju menentang selain Datuk Ir Shahelmey Yahya (ADUN Tanjung Keramat), Datuk Jasnih Daya, (ADUN Pantai Dalit), Datuk James Ratip (ADUN Sugut) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (ADUN Tempasuk).
"Saya sudah beri nasihat kepada Bung pada 1 Januari lalu selepas balik daripada bercuti, saya katakan kepada beliau supaya jangan lakukan, berhati-hati dengan gerakan ini. Kita tidak cukup (sokongan), tetapi dia teruskan juga.
"Kemudian saya nasihatkan lagi pada 5 dan 6 Januari (Khamis dan Jumaat) janganlah, ikut arahan Perdana Menteri, janganlah huru-harakan politik tetapi tetap diteruskan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Katanya lagi, jika dikira dari segi jumlah sokongan, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih belum mempunyai sokongan yang kukuh untuk membentuk kerajaan.
"Shafie pun tahu dia tidak cukup, kira matematik betul-betul. Warisan 19 ADUN dan BN ada 18 ADUN baru 37, campur parti lain tiga, baru 40, lebih satu kerusi tetap tidak stabil, jika satu lari, memang selesai (tumbang).
"Jadi sebab itu kita tidak menyokong kerana ini akan menyusahkan rakyat dan saya tahu dari awal tidak cukup (sokongan). Ini juga tidak sejajar dengan kehendak semangat kita sehingga pilihan raya akan datang," katanya.
Ditanya mengenai tindakan disiplin yang mungkin akan diambil terhadapnya, Yusof berkata, sepatutnya tindakan disiplin dikenakan kepada Bung Moktar sendiri.
"Apa lagi tindakan yang mahu diambil, paling pun pecat daripada parti saja. Terpulanglah, kerana ia mesti ada prosesnya.
"Tindakan Bung sekarang ini mahu rampas kuasa ini dipersetujui UMNO pusat atau tidak, ini kepentingan peribadi dia. Yang sepatutnya dipecat kalau melanggar arahan pusat. Bung lah yang sepatutnya dipecat, bukan kami.
"Jadi saya nyatakan lagi, adakah tindakan ini mendapat kelulusan daripada majlis tertinggi, adakah kelulusan daripada Presiden dan tidak akur dengan arahan jangan berpolitik.
"Kami sebenarnya mempertahankan imej UMNO, kita sebenarnya bukan mahu berpilihan raya, berpolitik. Yang kita mahu harga barang turun, ekonomi bagus, keadaan stabil, peluang pekerjaan dan pelaburan masuk, ini harapan rakyat," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 07 2023
YUSOF: Saya sudah beri nasihat kepada Bung pada 1 Januari lalu selepas balik bercuti, saya katakan kepada beliau supaya jangan lakukan, berhati-hati dengan gerakan ini. Kita tidak cukup (sokongan), tetapi dia teruskan juga. -Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.
PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.
Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.
Formula BN-PH terbaik menghadapi PRN Sabah - BN Sabah
Ia juga dijangka akan mengenepikan sentimen anti-Malaya dan anti-persekutuan yang sering menjadi senjata pihak lawan.