awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Populasi Malaysia berjumlah 32.75 juta pada suku pertama 2021

Bernama
Bernama
27/05/2021
05:57 MYT
Populasi Malaysia berjumlah 32.75 juta pada suku pertama 2021
Berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bagi suku pertama 2021, penduduk lelaki di Malaysia mengatasi wanita, masing-masing berjumlah 16.83 juta dan 15.92 juta. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.75 juta pada suku pertama 2021, meningkat 0.4 peratus daripada 32.62 juta bagi tempoh sama setahun lalu, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Beliau berkata berdasarkan laporan Perangkaan Demografi bagi suku pertama 2021, jumlah itu merangkumi 29.91 juta atau 91.3 peratus warganegara dan baki 2.84 juta orang atau 8.7 peratus lagi merupakan bukan warganegara.
Penduduk lelaki mengatasi wanita, masing-masing berjumlah 16.83 juta dan 15.92 juta, katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Uzir berkata komposisi penduduk berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 2.26 juta orang kepada 2.37 juta bagi tempoh sama.
"Trend ini seiring dengan negara-negara membangun lain yang menuju ke arah populasi menua," katanya.
Bagi tempoh itu juga, populasi berusia 0 hingga 14 tahun menyusut kepada 7.56 juta berbanding 7.61 juta pada suku pertama 2020.
Pada suku pertama tahun ini, jumlah kelahiran hidup yang dicatatkan menurun 10.8 peratus kepada 102,969 kelahiran berbanding 115,439 kelahiran setahun lalu.
"Tidak ada 'baby boom' (kelahiran besar-besaran) pada suku pertama 2021 seperti yang dijangkakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan pandemik COVID-19," katanya.
Sebanyak 43,545 kematian dicatatkan bagi suku pertama tahun ini, peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding 43,226 kematian yang dilaporkan pada tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#populasi
#Malaysia
#Mohd Uzir Mahidin
#lelaki
#wanita
#warga emas
#negara membangun
#komposisi penduduk
#Penduduk
#Perangkaan Demografi
#bukan warganegara
#warganegara
#kelahiran hidup
#baby boom
#populasi menua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan