awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pornografi boleh menyebabkan masalah mati pucuk - Pakar kesihatan lelaki

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2024
03:45 MYT
Pornografi boleh menyebabkan masalah mati pucuk - Pakar kesihatan lelaki
Para lelaki disaran agar tidak segan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau mana-mana hospital. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perbuatan menonton video lucah atau sebarang kandungan berbentuk pornografi, berpotensi membawa kepada masalah mati pucuk atau ejakulasi pramatang.
Menurut doktor kesihatan lelaki, Him Wellness Dr Ahmad Samhan Awang, apabila seseorang itu sudah mencapai kepada tahap 'ketagih' dalam menonton kandungan tidak bermoral itu, masalah rangsangan akan berlaku.
"Jika mereka mengalami masalah ketagihan pornografi, di manakah kecederaan tersebut?
"Kecederaan tersebut ada pada otak mereka iaitu spesifiknya 'frontal lobe' atau bahagian depan otak.
"Ini menyebabkan mereka mengalami masalah 'self-control' atau kesukaran mengawal diri dan menjejaskan penghantaran maklumat ke otak.
"Jadi perkara inilah yang membawa kepada masalah mati pucuk dan ejakulasi pramatang,"ujarnya.
Katanya lagi, gambaran yang dilihat pada video atau kandungan lucah akan menimbulkan persepsi yang tidak benar berkenaan dengan ukuran zakar.
Hal ini sekaligus menyebabkan masalah keyakinan diri dan menganggap ukuran zakar sendiri adalah tidak normal meskipun ukurannya normal.
Selain itu, ujarnya lagi, faktor-faktor yang sebenarnya menyumbang kepada masalah mati pucuk termasuklah masalah penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi atau kolestrol termasuk amalan tidak sihat seperti merokok.
Beliau turut memberi saranan agar para lelaki tidak segan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau mana-mana hospital.
Ilmu kesihatan lelaki itu dikongsikan beliau dalam program AWANI Pagi pada Rabu.
AWANI Pagi: Kaitan Merokok dan Mati Pucuk
Topic Berkaitan
#pornografi
#mati pucuk
#doktor kesihatan lelaki
#Ahmad Samhan Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan