awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Poster PKPD di Lembah Klang, Sabah, Labuan, Perak, Terengganu dan P. Pinang palsu

Astro Awani
Astro Awani
03/12/2020
05:14 MYT
Poster PKPD di Lembah Klang, Sabah, Labuan, Perak, Terengganu dan P. Pinang palsu
Jangan mudah percaya dengan penyebaran maklumat tidak sahih berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebaliknya, nantikan pengumuman yang akan dibuat oleh kerajaan.
KUALA LUMPUR:Poster yang tular di media sosial pada Khamis mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah adalah palsu.
Poster berkenaan turut memaklumkan PKPD di Selangor, Sabah, Labuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak, Terengganu dan Pulau Pinang dilanjutkan dari 6 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021.
Negeri-negeri yang dinyatakan dalam poster tersebut tidak menjalani PKPD sebaliknya hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan berakhir pada 6 Disember nanti.
Namun sebarang pemakluman sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak akan dimaklumkan oleh kerajaan secara rasmi.
Pada Rabu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan, tujuh kawasan ditamatkan PKPD bermula Rabu dan Khamis setelah mengambilkira nasihat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Manakala PKPD di Zon B dan Zon C, Taman Meru 2C Ipoh dilanjutkan seminggu selama tujuh hari lagi.
Topic Berkaitan
#PKPB
#PKPD
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#poster
#Tular
#palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan