Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat permohonan rasmi untuk menubuhkan sebuah gabungan politik baharu bersama Pakatan Harapan.
Namun, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan tersebut harus berada di bawah satu logo baharu serta manifesto yang dipersetujui bersama.
Ini penting, menurut Dr Mahathir, dalam usaha untuk memastikan pertembungan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
"Selain daripada menggunakan nama yang baharu, jika dipersetujui, serta logo atau simbol yang baharu, kita juga harus mempunyai manifesto yang dipersetujui bersama.
"Ini adalah keputusan yang kami capai dalam mesyuarat MPT hari ini," katanya pada sidang akhbar Mesyuarat Majlis Tertinggi PPBM di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.
Hafiz Marzukhi
Tue Mar 14 2017
DR MAHATHIR: "Selain daripada menggunakan nama yang baharu, jika dipersetujui, serta logo atau simbol yang baharu, kita juga harus mempunyai manifesto yang dipersetujui bersama." - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
PPBM bakal hantar permohonan rasmi gabung dengan Pakatan Harapan - Dr Mahathir
Namun, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan tersebut harus berada di bawah satu logo baharu serta manifesto yang dipersetujui bersama.